سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Saturday, May 27, 2017

Diari IBU

Buat anakku bernama Asyraf Faiz,

Asyraf ketika kecil suka panggil ibu 'buu'
Kalau nak tunjuk sesuatu mesti 'buu'

Mungkin hari Asyraf sudah besar panjang
Tak tahulah ibu samada Asyraf boleh baca atau tidak diari ibu ini
Ibu pun tak tahu masih hidup didunia atau sudah tiada didunia
Maafkan ibu

Ibu sangat sayang pada Asyraf
Nama Asyraf ibu yang letak
Ibu harap Asyraf pun sama, sayangkan ibu walaupun apa jua berlaku

Kekadang ada sebab sesuatu itu terjadi
Asyraf kena faham
Tidak semua indah dalam hidup kita

Jadi, Asyraf jangan sombong
Selalu ingat Maha Pencipta

Kalau Asyraf sudah berkahwin suatu nanti
Pasti Asyraf akan faham keadaan ini
Asyraf ingat ibu pesan,

Jaga dan layan isteri seperti permaisuri hati
Bukan jadikan isteri orang gaji
Jaga hati isteri baik-baik
Jangan leka dalam menyayanginya
Selalu tolong dia
Selalu puji dia
Selalu ringankan beban dia
Selalu lap air mata dia

Walaupun isteri hanya hamba suami
Tapi dia juga manusia yang Tuhan amanahkan untuk dijaga dengan baik
Bukan untuk disakiti, dihina dan diabaikan

Asyraf kena jujur dalam hidup
Orang jujur dan ikhlas takkan rugi sampai bila-bila
Kalau Asyraf malas solat sekali pun tetapi jika Asyraf jujur pasti ramai sanjung Asyraf

Ingat pesan Ibu
Jadilah terbaik dengan merendah diri

Salam dari Ibumu

Saturday, July 30, 2016

Tati Skin Care Review

Hai semua, lama tak buka blogspot.

Alhamdulillah masih bernyawa.

Hari ini saya nak review sikit mengenai produk Tati Skincare. Yang mana saya sekarang menggunakan krim malam dan treatment krim tati skincare. Taknak cakap banyak tapi nak cakap yang kulit muka alhamdulillah semakin cerah dan bekas-bekas jerawat pudar.

Amalan sebelum tidur malam :

1 - Cuci muka dengan cleanser rahsia.
2 - Lepas tu keringkan muka.
3 - Pakai serum, tunggu 3 minit kasi serum serap dalam kulit. Serum rahsia.
4 - Pakai Treatment krim tati.
5 - Pakai Krim malam tati.



Tidur. Hehe. Yang rahsia tu nanti saya review lain ye. Apa-apa pun saya memang campur-campur produk dan tiada masalah dengan tu..


Bila makeup pun rasa puas hati sebab kulit licin.. hehe


  
Sekarang tengah promosi. Set 5 in 1 RM 58 sahaja. Boleh order seperti dalam gambar yer.. PASTI ORIGINAL.

Puan Saila - 013 7549240