Friday, March 2, 2012

Eratkan hubungan suami isteri

Assalamualaikum semua =) salam hari jumaat..

Di sini saya nak kongsi tips buat pasangan suami isteri yang sudah bernikah.. Bagi peringkat umur seperti saya ni memang patut bernikah dah.. cuma ada perkara yang tidak mengizinkan lagi.. (duit tak cukup hikhikhik).. jadi buat kekawan diluar sana tu yang dah bersuami atau beristeri.. gunapakai la tips di bawah ni untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga kamu.. InsyaAllah.. 

^_~ v

  • Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja sebelum tidur.
  • Sebelum tidur selalu ucapkan kata ‘maafkan abang’, ‘maafkan sayang’ dan kata-kata sayang seperti ‘ i love you’.
  • Sebagai isteri sebaiknya mencium tangan suami dan suami pula akan mencium dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
  • Berikan pelukan dan ciuman dibibir jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan ke luar daerah.
  • Luangkan sedikit masa untuk bertanya khabar suami atau isteri melalui telefon walaupun sesibuk mana sekali pun.
  • Bertanya la kepada pasangan anda mengenai perkara yang berlaku sepanjang hari sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang kepada pasangan meluahkan perasaan.
  • Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
  • Berkongsi makanan dan minuman, suap menyuap dan menolong bersama membersihkan dapur.
  • Memakai pakaian yang cantik  dan wangian untuk memberi keselesaan kepada pasangan.
  • Membelikan hadiah sebagai kejutan buat pasangan dan menyambut setiap hari yang bermakna dalam hidup pasangan suami isteri.
  • Bergurau senda dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
Semoga Berbahagia

0 bermanja-manjaan di sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...