Sepahit manapun kesakitan yang harus ditelan.. senyumlah untuk orang yang disayangi..
Assalamualaikum,
Dalam kehidupan ini tiada perkara yang indah belaka.. semakin kita mencari ketenangan hidup.. semakin banyak dugaan yang datang dalam hidup.. Sebagai manusia biasa, kita sering diuji dengan pelbagai dugaan sehingga kita terpaksa menitiskan air mata..
Dan sayangnya kita sering menitiskan air mata kerana manusia lain.. tapi bukan pada Allah swt.. Itulah kesilapan besar dalam hidup kita.. kita merayu pada manusia untuk menerima kita tetapi kita lupa manusia itu milik Tuhan kita..
Berdoalah untuk memiliki orang yang kita sayangi sehidup dan semati bersama.. merayulah pada Tuhan kerana Dia lebih mengetahui hasrat hati kita berbanding manusia lain.. Beringatlah jika itu memang jodoh kita, ia tetap menjadi peneman hidup kita..
Ya Allah.. kenapa la aku tidak pernah merasa kebahagian yang hakiki..
Kita tanya Tuhan kenapa kita tak berasa bahagia.. sedangkan jawapannya ada di tangan kita sendiri.. Tiada apa yang perlu disesalkan kecuali keinsafan diri sendiri terhadap perbuatan kita di atas muka bumi Allah swt ini..
Percayalah.. mungkin kita lepaskan seseorang yang kita sayang kerana Allah swt.. kita la hamba yang disayangi balik oleh Allah swt.. besar azimat yang kita akan miliki..



2 bermanja-manjaan di sini:
hi cik siti yang cun... :)
hi si kakak cun melecun.. hehehe.. :D
Post a Comment