سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Saturday, June 8, 2013

Alhamdulillah dengan kehidupan yang lebih baik sekarang

Assalamualaikum..

Salam buat semua.. semalam pergi pejabat pos untuk pos barang, faham jela kalau pergi hari Jumaat mesti beratur panjang.. bila saya sampai je kat tempat ambil nombor, ada budak kecil hulurkan sekeping kertas yang bernombor.. saya pada mulanya ingatkan nombor semalam sekali tilik, nombor hari ini.. sekali dipanggil nombor yang baru saya dapat tu.. terus ke kaunter.. syukur sangat sebab dipermudahkan segala urusan hari semalam..

sukanya rasa.. hehehe..

Hati saya resah sebenarnya, banyak perkara saya fikirkan.. terutama bab duit.. ia seperti bermain-main dalam fikiran.. banyaknya nak guna duit.. risau plak kalau tak mampu nak sara hidup.. banyak benda nak kena selesaikan.. tapi saya cuba satu persatu untuk selesaikannya dengan baik.. doakan saya..

Mari dengar cerita.. pada suatu hari........ =P

Saya sedang dalam proses nak ambil sebuah kereta di bawah nama saya sendiri.. keluarga saya sederhana sahaja, tak mampu untuk semua memiliki kereta lagi.. sekarang kereta yang saya guna adalah kereta abah saya, dan keluarga kami ada sebuah van yang sudah usang.. dulu kami selalu la pulang ke kampung menaiki van tersebut.. dan pernah rosak di lebuhraya di tengah malam.. sejak besar ni, saya dah 4 tahun tak balik ke kampung.. kami beraya di Ipoh sahaja.. insyaAllah jika dipermudahkan segalanya.. boleh la kami sekeluarga pulang ke kampung sebab dah ada dua kenderaan yang lebih selamat untuk perjalanan jauh.. tak sabarnyaaa..

Semoga dapat lepas la loan kereta saya.. harap sesangat.. syukur atas segala rezeki yang Maha Pencipta telah berikan pada saya dan keluarga.. saya faham abah saya masih tak cukup wang untuk sara keluarga.. dengan rezeki yang Allah berikan dalam hidup saya, moga ia memudahkan mereka.. tak payah nak hidup susah sangat macam dahulu.. masih ingat dulu.. saya kan sulung.. saya melihat segala yang berlaku dalam keluarga saya dengan jelas sekali.. susah hidup kami dulu.. hidup kami penuh berhutang.. kesilapan pertama adalah kerana abah jadi penjamin seorang kawannya.. dan terpaksa tanggung hutangnya sehingga saya masuk matrik barula habis bayar.. dasyat kan.. satu persatu emas di lengan dan leher umi ke kedai pajak.. apa boleh buat ketika itu adik-adik perlu minum susu dan saya perlu ke sekolah..

Memang benar orang cakap, kalau dah tahu tak mampu kenapa beranak ramai anak.. hurmm tak tahu la cakap macam mana, kita bukan tahu pun nak kena tanggung hutang orang.. nak kena hidup susah kan.. jadi bersedia dan hadapi jela.. biar orang nak cakap belakang pasal keluarga kita, nanti bila waktu mereka susah mereka akan tahu bagaimana rasainya..

Adik beradik ramai ni meriah tau.. bila semua dah besar rasa macam ada ramai kawan jer kat rumah.. kalau buat lawak pun, ada juga orang nak tolong gelakkan.. kalau seseorang mesti rasa sunyi.. itulah harta yang paling beharga yang saya mahukan selama ni.. berbaloi hidup susah kerana kita naik secara perlahan-lahan.. bukan naik dengan cepat dan tetiba jatuh tersungkur keseorangan.. bila kita naik secara perlahan, kalau jatuh sekalipun kita sudah biasa dan insyaAllah pasti ada yang membantu..

Itu yang saya dapat kongsikan tentang kehidupan saya pada semua.. memiliki kereta sendiri adalah satu kejayaan buat saya.. kerana mampu bersusah sendiri untuk memilikinya.. saya kerja keras untuk semua itu.. kerana orang kata saya anak manja, manja yang saya maksudkan tu saya rapat dengan keluarga, bukan dengan kawan.. sejujurnya saya cakap, saya kurang percaya dengan kekawan, tak bermaksud saya nak putuskan silaturahim.. ada had yang kawan perlu tahu dan keluarga perlu tahu.. mulut orang bukan boleh dijaga kan.. tapi saya sayang kawan-kawan saya.. hehe.. mereka pelangi saya ketika saya gembira.. jadi, bila berduka, saya takkan rosakkan pelangi yang cantik itu dengan hujan ribut berpanjangan.. 

~_~
Kerana itulah diri saya..

Hatimanis pun tak tahu semua cerita ni.. dia nampak saya mengeluh tapi saya kurang bercerita tentang apa yang boleh menampakkan diri saya ni banyak masalah di depannya.. kita kena faham, lelaki yang simple dorang tak suka perempuan yang banyak masalah.. ada lelaki yang layan jer perempuan macam tu, ada lelaki yang buat tak tahu jer asalkan jangan babitkan dia dalam masalah yang sama.. orang melihat saya seperti menceritakan segala kesedihan untuk mendapat simpati.. tapi mereka tak tahu saya cerita pabila saya sudah rasa kejayaan dalam kebahagian.. cerita ini cuma untuk berkongsi sebagai semangat pada orang lain yang melalui hidup sukar seperti saya dahulu..

Bukan seorang tapi ramai kawan hatimanis mempersoalkan pada saya sendiri, kenapa hatimanis pilih saya, saya tak tahu jawapan apa yang harus diberikan kerana saya bukan diri hatimanis.. jawapannya pada mulut dia.. tapi bila mulut berbicara, ada juga yang mengata kerana perempuan itu memaksanya sebab tu dia berbicara sebegitu.. saya boleh mempersoalkan setiap kenyataan yang dikeluarkan kerana mereka semua kenal hatimanis saya lebih dari saya mengenalinya.. kalau dia keras hati, kenapa dia boleh bicara sebegitu? kalau dia jenis yang ikut kata dirinya sahaja, bukan ikut kata perempuan, kenapa dia memilih saya dan bukan orang lain? mereka lebih kenal dia dari saya.. jawapannya ada di mulut mereka.. saya berani bersumpah, saya tak buat kerja-kerja kotor, saya masih ada didikan agama, jodoh yang ditentukan untuk saya datang dari Allah swt bukan dari saya sendiri, saya takut mati.. nak celup tangan dalam air panas pun saya takut, ni kan saya nak tanggung azab kerana bomohkan orang.. kalau mereka nak buat, apa saya boleh halang.. Allah maha kuasa.. jika bukan hatimanis jodoh saya.. mungkin ada orang lain yang boleh gantikan tempat hatimanis, menjaga dan membahagiakan saya selamanya.. 

Mereka kata saya gila.. saya memang gila kerana masih bertahan ke tahap sekarang.. mereka lupa, mereka bukan golongan yang sama ke dengan saya kerana masih bertahan dengan cinta mereka? =) cakap biar serupa bikin.. kita mencintai orang yang sama.. kalau setiap yang mereka kata pada saya, maka mereka sama seperti saya jer.. mereka selalu kata, suatu hari nanti hatimanis akan berubah kerana Allah membukakan pintu hatinya melalui doa-doa mereka.. mereka tak pernah merasa yang hatimanis akan berubah kerana sikap mereka dan diri saya.. manusia takkan sama setiap hari, hari semalam takkan sama dengan hari ini..

"Jika hari ini dia seorang perokok tegar, tak mungkin hari esok dia perokok yang sama"

Dan ingat, semua orang yang ada bersama hatimanis akan melalui sejarah yang lebih kurang sama sahaja, cuma kelebihan saya adalah kerana dipilih.. saya faham, jika saya bukan dipilih, saya sendiri akan mempersoalkan.. tapi dulu masa saya bukan dipilih, saya tak sedegil mereka.. hatimanis tahu mana saya silap, dia ingat sampai sekarang, dan dia pun ada juga cakap, kalau saya nak ungkit semua benda, dia pun boleh ungkit semua benda.. cuma perbezaannya, kenangan lama saya tak mengganggu hidupnya.. kerana segala kenangan jadi kenangan yang saya mudah lupakan jika ia pahit.. tapi kenangan lamanya sentiasa menjadi-jadi dan mengganggu hubungan kami.. tapi saya juga yang dipersalahkan oleh mereka.. apa boleh buat.. 

Sekarang.. hari makin hari makin cerah dan baik.. segala yang diharapkan perlahan-lahan datang.. semoga ia berlarutan hingga ke malam.. saya tak kenal hatimanis.. siapalah saya untuk layak kenal dia.. tapi saya dapat rasakan yang dia kenal hati budi saya lebih dalam.. 

"Mohd Syafiq Afifi is not a good actor but a good man for Siti Suhaila's life"


Banyak rahsia kenapa saya.. bukan mereka.. :)
Tamat.. 

Nak masuk bab 2 plak.. =P

Lepas ni nak settle hal rumah plak sebab masuk rumah baru.. mau beli perabut untuk hadiah family yang tersayang.. huhuhu.. kereta hatimanis pun dah nak siap.. yey.. sonoknya dapat dua kereta baru hehehe.. leh la balik sesama dengan hatimanis.. untung jodoh sekampung =P

Sikit jer bab 2.. saya tulis sebelum balik kerja.. sekarang nak balik dah.. nak dating.. babai =D

p/s : No plate kereta saya 3115 huhuhuhuhuhu.. gembiranya dapat no plate tu.. 

No comments: