سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Wednesday, June 5, 2013

Habbatus Sauda


Assalamualaikum..

Rasulullah bersabda : 
“Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ 
terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.” (HR. Muslim)

Terus terang saya kata, saya tak suka amalkan minuman yang berkhasiat dan kecantikan.. saya bukan jenis yang rajin untuk bancuh minuman berkhasiat.. hehe.. kesibukan kerja membuatkan manusia jenis saya ni tak rajin untuk ke dapur pergi panaskan air dan bancuh minuman semata-mata.. disebabkan juga saya masih bujang.. masa memihak kepada badan untuk tidur dengan cepat.. oleh sebab itu, saya makan supplement yang mudah untuk ditelan macam telan ubat waktu sakit.. saya ambil vit C dian'z dan habbatus sauda..bila berpuasa saya takkan ambil sebarang supplement kerana badan saya kurang air waktu tu.. jadi, lepas berbuka baru saya akan ambilnya.. sekali sehari jela dalam bulan puasa nanti..

Sedikit nasihat atau tips untuk anda yang mengamalkan pemakanan yang sihat seperti ubat-ubatan, susuan dan pelansing badan.. sila pastikan badan anda menerima air yang banyak untuk menampung kandungan pemakanan anda tu.. jika kita ambil supplement untuk badan kita perlu minum air yang banyak untuk ia berproses dengan baik di dalam badan kita.. kalau kita kekurangan air dalam badan, ubatan tersebut boleh menjejaskan kesihatan anda.. sebab tu nanti ada yang ke hospital dan doktor sahkan salah makan supplement beracun.. amalkan minum air yang banyak jika ambil sebarang supplement atau ubatan untuk mengelak dari terkena sakit buah pinggang, kerosakan hati atau ginjal.. 

Wasalam

No comments: