سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Thursday, June 13, 2013

Perubahan adalah sebuah kemaafan

Pernah awak membuat hati saya hancur
Ketika itu, saya marahkan diri saya kerana mahu bersama awak
Saya menyesal kenali awak
Sehingga saya meluahkan kata-kata yang sangat hina
'jika tulang rusuk ini abang punya, su nak suruh doktor buang, mesti takda jodoh kita dah kan'
Bergitu sekali saya marah pada diri saya
Saya masih dengan awak
Melalui hari-hari yang sukar bersama awak
Menghadap orang-orang yang menyakitkan hati saya
Ayat terbaru untuk hati saya 'apa boleh buat'
Saya hilang rasa kasihan pada manusia
Saya benci dengan manusia yang menzalimi dirinya kerana sebuah cinta manusia lain
Walaupun hidup sebuah drama
Jangan kita cuba untuk jadi pelakon yang terbaik
Tetapi jadilah seorang khalifah yang betul wujud di alam dunia yang sementara ini

Hari yang berlalu akan terus berlalu
Biarkan ia pergi bersama-sama mereka yang masih memikirkannya
Saya sudah terlalu penat dan nazak mengenangkan segala yang berlaku
Malas mahu ambil peduli tentang orang lain
Apa yang saya tahu
Jika mahu jadi pemberi yang baik, sorokkan segala kebaikan itu
Bila ditunjukkan, maka kamu masih belum jadi pemberi yang baik

Hari ini awak menyesal dengan segala kesilapan
Kalau awak tahu hari ini awak akan susahkan saya sebegini
Pasti awak takkan menjadi penipu dahulu kan
Kerana awak tak tahu apa yang berlaku hari ini
Maka awak cuma hargai airmata orang lain sahaja

Tidak mengapa
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Kerana menunggu hikmahnya saya bertahan sehingga sekarang
Hendak bagaimanakah lagi untuk saya buktikan kasih sayang saya pada awk?
Saya rasa awak sudah nampak segalanya
Dan saya pasti awak masih belum buta
Cuma kemaafan yang awak inginkan hanya ada pada diri awak


Sumber : google

No comments: