سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Wednesday, July 31, 2013

Ramadan bulan penilaian diri


Bulan yang iblis tiada ni la bulan ujian buat manusia mengenal diri sendiri samada dekat pada Allah atau jauh pada Allah.. jika kita berusaha merebut melakukan ibadah pada Allah di dalam bulan ini, maka menunjukkan manusia itu berusaha untuk berubah diri sepenuhnya ke arah kebaikan.. insyaAllah, Allah nampak usaha itu.. tapi jika manusia hanya leka dan menunggu ramadhan akan datang untuk melakukan ibadah, maka manusia itu bakal menjadi kawan si iblis di neraka kelak.. kerana sebelum bulan ini datang, iblis sudah tinggalkan wasiat buat manusia, alangkah gembiranya mereka melihat manusia yang masih mengikutinya walaupun mereka dikurung ketika di bulan ini.. 
~Mahukah kita membuat Nabi Muhammad mengalirkan airmata lagi ketika melihat umatnya menjadi peganti iblis di bulan ini?
~Mahukah kita menjadi manusia yang tidak bersyukur dan sombong dengan peluang, pahala yg berlipat ganda Allah mahu berikan?

MasyaAllah..
Renung-renungkan..


Monday, July 29, 2013

Cara hilangkan jerawat dan kulit kusam menggunakan Sabun Significant Skin Care dan Sabun Gluta Kojic

Assalamualaikum.. hai korang.. makin hari terasa makin tua.. betul tak.. terutama diri saya yang masih belum berkahwin ni.. bujang terlajak sudah.. hehe.. waktu kerja saya juga membataskan saya untuk mensolekkan diri kerana saya kerja di tempat yang panas.. kalau pakai makeup yang banyak bahan kima tu.. make up boleh cair ma.. dan sedikit bahaya pada kulit muka.. boleh menyebabkan kedutan, jerawat, jeragat yang berparut dan kusam.. jadi, sungguh bertuah korang hari ini sebab saya dah ada sedikit masa lapang untuk kongsi dengan korang tips-tips yang tak seberapa la..

Sebabkan banyak yang saya nak terangkan nanti.. jadi, saya buat ia jadi 1 post untuk setiap step.. boleh?? lebih senang kan.. tapi sebelum tu saya nak tunjuk secara keseluruhan atau secara ringkas apa rutin harian saya.. yang paling ringkas dan saya gunakan setiap hari..
Ini adalah tips ringkas yg saya kepilkan pada semua customer yg beli produk dengan saya..
sedikit untuk panduan semua.. 

Step pertama yang paling penting sekali adalah Pencuci muka.. sebagai orang wanita, kita takkan terlepas dari mencuba pelbagai jenis produk pencuci muka.. betul tak.. sehingga berlaku pembaziran kerana pakai sekali dua, lepas tu tak sesuai kerana muka naik jerawat.. saya pun pernah alami perkara sama.. sebab kulit muka saya jenis sawo matang dan agak gelap.. pernah saya guna produk sehingga menyebabkan terlalu banyak minyak.. dan pernah juga saya guna produk sehingga muka kering sangat sebab takda minyak.. sangat tak balance la.. jadi apa saya buat?? hehe.. saya terus dan terus cuba produk yang sesuai dengan muka.. sehingga saya jumpa produk yang saya gunakan sekarang..

Ciri-ciri sabun yang sesuai untuk kulit muka adalah seperti :

1) Halal
2) Organik dan bebas dari bahan kimia (kalau ada bahan kimia pun yang baik untuk kulit) 
3) Kandungan sabun yang sesuai dengan kulit muka kita (jika rasa nak putihkan muka, guna sabun yang mengandungi unsur pemutihan)
4) Dalam botol (lebih selamat dari jangkitan bakteria)
3) Jika dalam bentuk buku sila pastikan ia sentiasa kering.. jangan biarkan sabun lembik kena rendam air.. 

Itu antara ciri-ciri penting yang korang kena pastikan semasa pemilihan sabun muka korang.. di sini saya nak cadangkan 'sabun muka bajet' yang sesuai untuk kulit muka kebanyakkan orang termasuk saya sendiri iaitu :

-Sabun Gluta Kojic
-Sabun Significant Skin Care (SSC)
-Simply Siti Cleanser
-Skin Food Cleanser
-Himalaya Cleanser
-Dan termasuk pencuci muka dari korea atau japan yang ada tulis organik 

SABUN GLUTA KOJIC TERBARU




Hehe..
Saya sudah pakai pencuci muka sejak zaman belajar sekolah rendah lagi, dulu ada olay, pond's dan macam-macam lagi jenis produk lelama dulu.. ada yang dah tak keluar pun.. cuma satu produk saya tak guna iaitu produk temulawak.. ia meragukan saya untuk pakai.. hehe.. sebenarnya kalau pakai nanti muka putih sesangat sehingga berbeza dengan tangan.. dan macam kenal tampal je putih mukanya.. berbeza dengan produk-produk yang ada sekarang la.. ia putih kembalikan kulit muka kepada semulajadi.. alhamdulillah..

Ok sambung pasal sabun tadi.. sabun yang dicadangkan pada anda semua guna adalah sabun Vitamin E atau C Significant Skin Care.. sangat membersihkan muka korang dari kotoran.. lagi satu, sabun ni cepat kering dan tidak akan cair dalam bilik air seperti sabun lain.. jadi ia selamat digunakan berulang kali dan menjimatkan.. 

Fungsi sabun SSC ini membersihkan muka dari kotoran sahaja.. tiada tidak balas pengelupasan atau pemutihan.. malah dapat menghaluskan kulit wajah anda.. sangat sesuai untuk semua jenis kulit.. Beza vit E dan C adalah vit E untuk kulit normal dan vit C untuk kulit berjerawat kerana muka yang berjerawat mengandungi kandungan minyak yang lebih, maka vit C boleh menyingkirkan minyak yang berada pada muka..

Saya sudah cuba dua-dua sabun ini.. dan sekarang saya cuma guna sabun vit E.. Kenapa? sebab saya campur penggunaan sabun.. ramai juga tanya, boleh ke campur-campur sabun.. jawapan dari saya adalah boleh.. asalkan ia tidak mengandungi unsur pengelupasan kulit.. jadi, apa saya buat, saya sabun muka dahulu gunakan SSC vit E dan bilas.. saya sabun sekali lagi gunakan sabun gluta kojic.. 

Sabun gluta kojic ini adalah untuk merawat kulit muka kita semasa kita mengurut muka dengan buih yang dihasilkan.. tak perlu terlalu kasar dan gelojoh untuk sabun muka.. cuma lakukan secara perlahan-lahan.. gosok buih secara membulat atas muka.. ambil peluang itu untuk bentukkan muka korang, nak bentuk petak ke, bujur sirih ke.. hehe dan seterusnya bilas..


TIPS PENTING : JIKA ANDA RASA RAMBUT PERLU DISYAMPU, SYAMPU DAHULU DAN BILAS, KEMUDIAN BARU CUCI MUKA DENGAN SABUN

Ikut tips ni kalau taknak dahi korang berjerawat.. hehehe

Ini rakan sekerja tempat lama saya, namanya Nana.. masa mula kenal dia muka dia berjerawat habis.. cian tengok.. kita pun suruh dia cuba produk yang kita guna.. memula dia takut sebab serik nak guna mana-mana produk kan.. tapi Allhamdulillah, sehingga hari ini dia menggunakannya.. sehingga berjangkit dengan adik dan saudara maranya, sekarang mereka sekeluarga penggun produk SSC seperti keluarga saya.. hehe
Kerana produk ni berbaloi untuk dibeli maka saya stokis di kawasan Puchong & Shah Alam.. 
Senang cerita kalau nak beli boleh sms atau whatsapp di no 013-7549240 (Su)

Bagaimana dengan pencuci muka yang lain?? 
Pencuci muka lain seperti skin food atau simply siti memang bagus untuk semua jenis kulit tetapi ia agak mahal sikit dan prosesnya adalah lambat sedikit.. kenapa saya cadangkan? sebab jika berlaku kecemasan seperti kehabisan sabun ke.. boleh la korang gantikan dengan produk-produk yang senang nak dapat di pasaran seperti Watsons atau mall.. Malah ada juga yang rasa mukanya sudah dirawat dengan baik setelah menggunakan SSC & Sabun Kojic yang ingin menukar angin memakai produk lain, jadi boleh la gunakan produk yang berunsurkan herbal & organik.

Tu saja yang nak dikongsikan di sini.. kita jumpa pada post yang seterusnya iaitu mengenai Krim Muka
Wasalam..

Sabun Gluta Kojic Baru


Drop-ship stokis for Bestbuybeauty Plaza in Selangor and Kuala Lumpur area.

PM UNTUK HARGA MURAH!!! 
-----> https://www.facebook.com/SignificantSkinCare/info
Sumber : Bestbuybeautyplaza


Sumber : Bestbuybeautyplaza

SABUN GLUTATHIONE COLLAGEN

100 GRAM

FORMULA TERBAIK + KESAN MENAKJUBKAN (GABUNGAN COLLAGEN & GLUTATHIONE)

KELULUSAN ANTARABANGSA
BFAD (Bureu of Food and Drugs)
BIRO DADAH DAN UBAT ANTARABANGSA
RDII-MM-CT-0492

Kelebihan:
Mengecutkan jerawat dalam masa 1 - 2 minggu
Memudarkan & menghilangkan parut & cela
Mengurangkan & menyelesaikan masalah pigmentasi @ jeragat
Mengurangkan kedutan
Mencerahkan kulit yang kusam/gelap
Menyamaratakan tona kulit yang tidak sekata
Mencerahkan kulit dicelah2 lipatan
Boleh digunakan untuk muka & badan
Memberi kelembapan yang sempurna
Penggunaan berterusan akan membuat kulit lebih bersinar & bermaya tanpa solekan yang tebal

Bahan Kandungan yang terdapat dalam sabun ini:-

GLUTATHIONE
Menolong memudar dan menghilangkan masalah kulit seperti pigmentasi, jerawat dan parut jerawat, age spots dan freckles.

COLLAGEN
Membantu memberi kelembapan pada kulit wajah anda selepas dicuci dengan sabun ini & dapat menganjalkan kulit anda supaya kelihatan lebih tegang & gebu.

ARBUTIN
Arbutin dikenali sebagai bahan yang paling selamat dan efektif dalam pencerahan kulit muka. Arbutin menolong memperbaiki dan menjaga kulit yang rosak akibat daripada free radicals dan juga menolong menghalang pengeluaran melanin yang sangat banyak. Arbutin selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan toksik, hidroquinon atau apa2 bahan berbahaya. Tiga fungsi penting arbutin ialah : Whitening effects, anti- age effect and UVB/ UVC filter

KOJIC ACID
kojic acid lebih efektif daripada whitening ejen yang lain seperti hidroquinon yang berbahaya. Kojic acid selamat dan tidak mendatangkan efek yg berbahaya seperti hidroquinon tu. Ia adalah natural ekstrak yang mencerahkan cela2 dan parut.

Penggunaan yang berterusan akan membuatkan kulit lebih cerah, muda, glowing dan kulit sekata tanpa apa2 masalah kulit dari sehari ke hari Formula unik ni akan membuatkan kulit kelihatan lebit cepat cerah, jerawat parut dan cela2 dimuka dapat dihilangkan.

Nak order? bank in ke:


MAYBANK
SITI SUHAILA BT RADENAN
162487123670

CIMB
SITI SUHAILA BT RADENAN
08210013826529

BIMB
SITI SUHAILA BT RADENAN
01014020461393


email: sitisuhaila.radenan@yahoo.com

sms ke 013-7549240 (siti suhaila) details spt di bawah:

nama bank, jumlah bayaran, nama produk, nama, alamat & no hp

TESTIMONI DARI STOKIS TERBESAR KAMI :





Thursday, July 25, 2013

Modest Culture by Prof Muhaya

Kasih Ibu tiada akhirnya..
InsyaAllah akan ku jadi seorang anak yang terbaik buat ibuku..
Meskipun ku tahu mana kelemahan ku..
Amin..

Hari minggu ni kena cuba terjah ke butiknya di Kajang tu la.. huhuu..
Sesiapa yang berminat sama.. boleh ke website terus http://modestculture.com/

Wednesday, July 24, 2013

Insaflah wahai masyarakat

Semua pakat nak jadi Mak Jemah sekarang..

Huhuhuhuuu..

Assalamualaikum.. salam ramadhan buat muslimat semua.. sungguh hari ini saya rasa terkilan dengan segelintir masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang.. sekarang dunia IT, skop menjaga tepi kain orang tu luas ertinya.. bukan sibuk hal rumah tangga orang sahaja.. tapi meliputi semua aspek.. sebab tu orang cakap, sibuk sangat nak jaga tepi kain orang.. sedangkan kain sendiri yang carik tak terjahit..

Saya bosan nak tengok Facebook kekadang.. bila saya ada masa untuk tengok status update di facebook, saya puas scroll sampai bawah tapi macam orang sama je yang rajin update.. mereka seolah-olah 24 jam bersama facebook.. agaknya masa nak basuh kencing pun sebelah tangan pegang handphone kot.. 

Ingat tak dulu, tahun 2007 macam tu, facebook tu artis jer main sebab masyarakat biasa main friendster jer.. tak pun my space atau tagged.. tapi tagged sekarang dah jadi laman sosial lucah.. kalau kesunyian atau gersang nak mampus, boleh la main tagged.. ish ish ish.. tapi saya pun ada akaun tagged.. sebab apa saya ada?? sebab sejujurnya saya nak pantau apa pasangan saya buat di tagged.. saya memang jenis berterus terang.. saya tak suka nak sorok-sorok benda baik atau jahat.. kalau saya dapat bakal suami imam muda.. sah sah dia takda akaun tagged.. tapi saya terima seadanya jika dijodohkan dengan sesiapa.. yang penting, percaya Kuasa Allah swt.. manusia itu takkan terlepas dari cctv Allah..

Ramai berdakwah, jaga percakapan, jaga kata-kata, jangan tulis benda yang boleh buat orang salah faham dengan penulisan kita.. memang betul semua tu.. saya harap penulisan saya takdala yang mempertikaikannya.. masyarakat suka buat keputusan terburu-buru, setiap penulisan yang mereka baca itu mereka cepat sangat buat keputusan maksud tulisan itu apa.. sedangkan kalau ragu-ragu baik bertanya.. biar orang menyampah dan rimas dengan kita kerana selalu menanya kenapa tulis macam tu.. daripada korang salah mentafsir penulisan seseorang.. sebagai contoh kalau korang baca blog yang korang ragu-ragu, bertanya jela pada ruang komen.. tak perlu nak tuduh menuduh, pastu luahkan pada facebook.. kucar kacir betul hidup masyarakat sekarang..

SEBAB KENAPA??

Sebab masyarakat tak suka bertanya.. tapi suka menghebahkan perkara yang bagi mereka ia nampak sangat penting.. sedangkan tak tahu perkara tu betul ke atau salah.. bila dah salah, pastu share perkara sebetulnya.. cukup-cukup la share perkara kebaikan jika diri kita sendiri tak ambil iktibar dari perkara kebaikan itu.. kita share, berbuat baik jika bertemu orang tua.. tapi kita selalu ke call ibu bapa kita tanya khabar?? ada tanya tak duit mereka cukup ke untuk perbelanjaan.. masyarakat yang share tentang politik, apa tindakan dia?? kutuk je keje kan.. salahkan menteri sana, salah menteri sini.. tapi mereka ambil ke iktibar untuk diri mereka sendiri.. kita cakap menteri patut turun padang tengok orang miskin.. jangan asyik makan duit rakyat jer.. tahu la duduk atas kerusi empuk.. tapi kita sendiri pernah ke nak bantu orang miskin, pernah ke kita pergi Jusco masa nak beli baju baru untuk diri sendiri dan beli lagi satu baju untuk disedekahkan pada orang yang memerlukan.. masuk kedai sana, masuk kedai sini semata-mata nak cari baju tercantik dan branded.. pastu menyalahkan kerajaan bila tengok harga baju tu mahal sangat, luar negara murah jer.. 

Kalau diri kita lupa akan orang susah.. ni kan menteri yang layak berjalan di karpet merah nak fikirkan semua tu.. saya bukanlah baik sangat untuk berkata atau menulis kesalahan masyarakat sekarang.. tapi biarlah penulisan saya menyedarkan diri saya dan juga semua masyarakat.. saya pun sedih melihat diri saya yang selalu pentingkan diri sendiri di dunia ini.. saya rasa rugi sangat jika saya tak kognsi pada semua tentang kesedaran ini.. 

Tapi masyarakat sekarang pandai menjawab.. kalau buat silap, jawapannya 'manusia takkan terlepas dari melakukan kesilapan' sebab tu mereka berani buat salah banyak kali.. dah buta dosa besar atau kecil.. yang mereka tahu Allah maha pengampun.. bagaimana kalau 5 minit lagi malaikat maut menjemput  kita.. sempat ke kita nak tebus segala kesalahan kita..

Ingatlah wahai manusia..

Beridabahlah seperti hari esok kita sudah tak bernyawa
Jauhilah dosa seperti hari esok kita akan masuk neraka

Segala pesanan ini adalah buat semua masyarakat.. bukan dituju khas untuk seorang sahaja.. kurangkan menghabiskan masa bersama laman sosial.. gunakan sebaik masa yang Allah berikan untuk kita berebut keberkatan hidup di dunia Allah.. percayalah.. kita pasti takkan menyesal kelak..

=)




Monday, July 22, 2013

Ku cemburu.. Ku mahu jadi kekasih Allah juga.. ^_^

Sesungguhnya ku memaksa diri ku untuk memilihMu..
Kaulah kekasih sebenarKu..
Ya Allah Ya Tuhan ku..


Semoga dimakbulkan segala doa-doa ku.. amin.. insyaAllah..

Saya sangat cemburu dengan wanita yang dekat dengan Allah swt.. saya pun nak juga.. 

Ceramah dah abis.. terawih sat..

Wednesday, July 17, 2013

Sayanglah jika Islam hanya pada nama

Assalamualaikum..

Macam mana ibadah puasa korang semua tahun ni?? saya tengok ramai kekawan saya update status mereka.. 'alhamdulillah, berpuasa sebagai isteri tahun ni'.. seronok tengok kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga.. tahniah korang.. rasa sebak plak sebab terasa diri tua dah.. huhuhu..

Ok.. berkenaan tajuk di atas tu.. kenapa susah sangat orang nak memahami Islam itu.. terutama orang bukan Islam.. jawapannya mudah sajer.. kerana kita tak pernah tunjuk Islam sebenar tu macam mana.. yang kita tahu saban hari kita terlalu ke arah kebaratan.. mengikut-ngikut cara budaya orang bukan Islam..

Saya bekerja di tapak pembinaan dan dikelilingi kaum cina.. mereka sering tanya saya kenapa saya pakai tudung.. kenapa saya berpuasa.. kenapa saya sembahyang banyak-banyak.. macam-macam mereka tanya.. dan ada juga soalan yang sukar untuk jawab pabila orang Islam kita lupa agama mereka.. antara soalannya kenapa ada melayu macam saya minum arak, tak pakai tudung, tidur dengan lelaki yang belum kahwin dan macam-macam lagi..

Bukan itu sajer.. malah banyak mereka menguji saya.. katanya, tak panas ke pakai tudung.. pakai skirt lebih baik.. soalan lain, kalau di rumah kena pakai tudung juga ke, suami tak boleh tengok ke.. seolah-olah satu pun mereka tak faham tentang agama kita.. sedih saya rasa..

Apala pemimpin kita sudah buat pada negara Islam kita.. mana perginya kepimpinan Islam yang diwarwarkan.. sedih sekali lagi saya memikirknya.. bila difikirkan balik.. jika dari ketua itu sendiri mendalami Islam dan menjelaskan Islam itu bagaimana pada semua rakyat jelata.. tak susah pun.. cuma tunjukkan Islam itu wajib apa.. larangannya apa.. dan kenapa.. pasti ramai yang akan hormati agama kita.. Islam juga mengajar kita menghormati agama lain.. 

Mana tahu bila mereka melihat Islam itu cukup terjaga dan indah, pasti ada tertarik untuk memeluk agama Islam.. kan lebih bagus macam tu.. tapi sayang seribu sayang.. orang Islam sendiri tak tahu Islam itu bagaimana.. yang mereka tahu solat 5 waktu, solat jumaat, berpuasa, tutup aurat.. tapi banyak lagi Islam ajar bagaimana tutup aurat dengan sempurna, solat dengan khusyuk, berpuasa lidah, telinga, mata dan pelbagai lagi tentang keperluan seorang yang beragama Islam..

Jika kita rasa ia susah, Allah takkan janjikan kita ganjaran dan pahala berlipat ganda.. tapi bagi orang Islam yang ikhlas dalam hidupnya, pasti melakukan segala kebaikan tanpa mengharap ganjaran dari Allah swt.. dan ingat satu perkara.. Allah janjikan syurga yang sangat indah tidak terkata buat kita yang mengikut surahanNya.. serta neraka buat kita yang sering melakukan dosa..

Pahala tu memang mudah dapat.. bergitu juga dengan dosa.. kadang-kadang kita tak perasan benda sekecil zarah tu dipanggil dosa.. seperti kita sebut 'artis tu hodoh, tapi dapat kahwin dengan laki ensem, tak aci' kadang-kadang kita sendiri tak sedar apa yang kita lafazkan.. di situ pun kita dah menghina ciptaan Allah swt.. ish ish ish.. apa nak jadilah pada kita semua ni..

Kalau macam tu.. mari kita yang cuba betulkan diri kita dahulu.. beritahu mereka (orang bukan Islam) tentang Islam sebenar.. biar mereka tak faham kenapa kita pakai tudung tapi asalkan mereka sudah diberitahu.. bergitu juga dengan perkara-perkara lain dalam Islam..



Selamat menjalani ibadah puasa.. =)


Monday, July 8, 2013

Kerana rahsia itu hanya pada ku dan Tuhan


Teringin sebentar
Melihat dunia di tangan
Senyum dan ketawa seperti mereka sekarang
Bertepuk tangan bersama-sama
Bersikap seperti monyet-monyet hitam

Sayang sekali jika dilepaskan
Peluang datang hanya sekali
Inilah masanya sudah tiba
Untuk membuat mereka jatuh
Lumpuh tanpa mampu berkata

Keji sungguh jiwa ini
Mana datang sifat itu
Hilang sudah simpati
Tinggal cuma dendam
Akan dibalas secepat mungkin

Tiada istilah tenang kalau sudah salah
Tiada istilah redha kalau sudah kalah
Tapi mereka masih berpura-pura betul
Kerana hanya monyet-monyet hitam akan tertipu
Dengan penipu semulajadi

Bayangkan jika rahsia itu terbongkar
Berbuktikan kebenaran di alam maya
Sudah bersedia menutup malu?
Tak sabar melihat ia berlaku
Di depan mata semua belah pihaknya

Bunuhlah penyimpan rahsia
Hapuskanlah bukti yang ada
Sekejam itu hati manusia
Kerana memang wujud golongan itu
Menghitamkan kebenaran menegakkan kesalahan

Rahsia..
Kerana Tuhan beri pada insan yang benar untuk simpan rahsia
Kau untung
Kerana rahsia itu hanya pada ku dan Tuhan


Nukilan : S.Suhaila Radenan

p/s : Buat sang pencinta


Baju buruk di sana



Baju buruk di sana
Yang telah dipakai dan dibuang
Dikutip kembali
Jahit tempat koyaknya
Cantik rupanya kembali
Dipakai oleh tuannya
Sesuai dan berhajat untuk simpan lama

Baju buruk sudah baru di sana
Lupa dirinya dulu buruk
Sekarang dijahit elok
Sayangkan tuannya
Malang tuannya tidak sedari
Baju buruk jahitannya dipakai orang lain
Kahsian tuan asal baju buruk itu

Baju buruk sudah baru sudah lupa di sana
Rahsianya hampir terbongkar
Lalu dibela dirinya dahulu
Takut akan kecurangan itu diketahui
Dibuang tuannya
Malah dikoyak jahitannya
Pasti ia jadi baju buruk yang buruk di sana kembali

Nukilan S.Suhaila Radenan


Tak pernah serik


Bila ku tenang kau pergunakan aku..
Bila ku bising kau mula singkirkan aku..

Cuba jelaskan di mana harus ku berpijak..

.................................

Ku cuba jaga hubungan itu,
Tetapi, secara halus kau meruntuhkan hubungan itu..
Apa salah ku lagi?
Ku serba kurang, kerana itu susah kau menerima aku..
Tetapi, kekurangan ku.. tak pernah ku membelakangi mu..
Ku tak cuba mengambil topeng dan berselindung di belakang topeng..
Segala keburukan ku, ku tunjuk pada mu agar kau tahu aku serba kurang..
Kurang ilmu..