سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Monday, July 29, 2013

Cara hilangkan jerawat dan kulit kusam menggunakan Sabun Significant Skin Care dan Sabun Gluta Kojic

Assalamualaikum.. hai korang.. makin hari terasa makin tua.. betul tak.. terutama diri saya yang masih belum berkahwin ni.. bujang terlajak sudah.. hehe.. waktu kerja saya juga membataskan saya untuk mensolekkan diri kerana saya kerja di tempat yang panas.. kalau pakai makeup yang banyak bahan kima tu.. make up boleh cair ma.. dan sedikit bahaya pada kulit muka.. boleh menyebabkan kedutan, jerawat, jeragat yang berparut dan kusam.. jadi, sungguh bertuah korang hari ini sebab saya dah ada sedikit masa lapang untuk kongsi dengan korang tips-tips yang tak seberapa la..

Sebabkan banyak yang saya nak terangkan nanti.. jadi, saya buat ia jadi 1 post untuk setiap step.. boleh?? lebih senang kan.. tapi sebelum tu saya nak tunjuk secara keseluruhan atau secara ringkas apa rutin harian saya.. yang paling ringkas dan saya gunakan setiap hari..
Ini adalah tips ringkas yg saya kepilkan pada semua customer yg beli produk dengan saya..
sedikit untuk panduan semua.. 

Step pertama yang paling penting sekali adalah Pencuci muka.. sebagai orang wanita, kita takkan terlepas dari mencuba pelbagai jenis produk pencuci muka.. betul tak.. sehingga berlaku pembaziran kerana pakai sekali dua, lepas tu tak sesuai kerana muka naik jerawat.. saya pun pernah alami perkara sama.. sebab kulit muka saya jenis sawo matang dan agak gelap.. pernah saya guna produk sehingga menyebabkan terlalu banyak minyak.. dan pernah juga saya guna produk sehingga muka kering sangat sebab takda minyak.. sangat tak balance la.. jadi apa saya buat?? hehe.. saya terus dan terus cuba produk yang sesuai dengan muka.. sehingga saya jumpa produk yang saya gunakan sekarang..

Ciri-ciri sabun yang sesuai untuk kulit muka adalah seperti :

1) Halal
2) Organik dan bebas dari bahan kimia (kalau ada bahan kimia pun yang baik untuk kulit) 
3) Kandungan sabun yang sesuai dengan kulit muka kita (jika rasa nak putihkan muka, guna sabun yang mengandungi unsur pemutihan)
4) Dalam botol (lebih selamat dari jangkitan bakteria)
3) Jika dalam bentuk buku sila pastikan ia sentiasa kering.. jangan biarkan sabun lembik kena rendam air.. 

Itu antara ciri-ciri penting yang korang kena pastikan semasa pemilihan sabun muka korang.. di sini saya nak cadangkan 'sabun muka bajet' yang sesuai untuk kulit muka kebanyakkan orang termasuk saya sendiri iaitu :

-Sabun Gluta Kojic
-Sabun Significant Skin Care (SSC)
-Simply Siti Cleanser
-Skin Food Cleanser
-Himalaya Cleanser
-Dan termasuk pencuci muka dari korea atau japan yang ada tulis organik 

SABUN GLUTA KOJIC TERBARU




Hehe..
Saya sudah pakai pencuci muka sejak zaman belajar sekolah rendah lagi, dulu ada olay, pond's dan macam-macam lagi jenis produk lelama dulu.. ada yang dah tak keluar pun.. cuma satu produk saya tak guna iaitu produk temulawak.. ia meragukan saya untuk pakai.. hehe.. sebenarnya kalau pakai nanti muka putih sesangat sehingga berbeza dengan tangan.. dan macam kenal tampal je putih mukanya.. berbeza dengan produk-produk yang ada sekarang la.. ia putih kembalikan kulit muka kepada semulajadi.. alhamdulillah..

Ok sambung pasal sabun tadi.. sabun yang dicadangkan pada anda semua guna adalah sabun Vitamin E atau C Significant Skin Care.. sangat membersihkan muka korang dari kotoran.. lagi satu, sabun ni cepat kering dan tidak akan cair dalam bilik air seperti sabun lain.. jadi ia selamat digunakan berulang kali dan menjimatkan.. 

Fungsi sabun SSC ini membersihkan muka dari kotoran sahaja.. tiada tidak balas pengelupasan atau pemutihan.. malah dapat menghaluskan kulit wajah anda.. sangat sesuai untuk semua jenis kulit.. Beza vit E dan C adalah vit E untuk kulit normal dan vit C untuk kulit berjerawat kerana muka yang berjerawat mengandungi kandungan minyak yang lebih, maka vit C boleh menyingkirkan minyak yang berada pada muka..

Saya sudah cuba dua-dua sabun ini.. dan sekarang saya cuma guna sabun vit E.. Kenapa? sebab saya campur penggunaan sabun.. ramai juga tanya, boleh ke campur-campur sabun.. jawapan dari saya adalah boleh.. asalkan ia tidak mengandungi unsur pengelupasan kulit.. jadi, apa saya buat, saya sabun muka dahulu gunakan SSC vit E dan bilas.. saya sabun sekali lagi gunakan sabun gluta kojic.. 

Sabun gluta kojic ini adalah untuk merawat kulit muka kita semasa kita mengurut muka dengan buih yang dihasilkan.. tak perlu terlalu kasar dan gelojoh untuk sabun muka.. cuma lakukan secara perlahan-lahan.. gosok buih secara membulat atas muka.. ambil peluang itu untuk bentukkan muka korang, nak bentuk petak ke, bujur sirih ke.. hehe dan seterusnya bilas..


TIPS PENTING : JIKA ANDA RASA RAMBUT PERLU DISYAMPU, SYAMPU DAHULU DAN BILAS, KEMUDIAN BARU CUCI MUKA DENGAN SABUN

Ikut tips ni kalau taknak dahi korang berjerawat.. hehehe

Ini rakan sekerja tempat lama saya, namanya Nana.. masa mula kenal dia muka dia berjerawat habis.. cian tengok.. kita pun suruh dia cuba produk yang kita guna.. memula dia takut sebab serik nak guna mana-mana produk kan.. tapi Allhamdulillah, sehingga hari ini dia menggunakannya.. sehingga berjangkit dengan adik dan saudara maranya, sekarang mereka sekeluarga penggun produk SSC seperti keluarga saya.. hehe
Kerana produk ni berbaloi untuk dibeli maka saya stokis di kawasan Puchong & Shah Alam.. 
Senang cerita kalau nak beli boleh sms atau whatsapp di no 013-7549240 (Su)

Bagaimana dengan pencuci muka yang lain?? 
Pencuci muka lain seperti skin food atau simply siti memang bagus untuk semua jenis kulit tetapi ia agak mahal sikit dan prosesnya adalah lambat sedikit.. kenapa saya cadangkan? sebab jika berlaku kecemasan seperti kehabisan sabun ke.. boleh la korang gantikan dengan produk-produk yang senang nak dapat di pasaran seperti Watsons atau mall.. Malah ada juga yang rasa mukanya sudah dirawat dengan baik setelah menggunakan SSC & Sabun Kojic yang ingin menukar angin memakai produk lain, jadi boleh la gunakan produk yang berunsurkan herbal & organik.

Tu saja yang nak dikongsikan di sini.. kita jumpa pada post yang seterusnya iaitu mengenai Krim Muka
Wasalam..

1 comment:

nurdani said...

cantiknya kulit awak!