سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Wednesday, July 17, 2013

Sayanglah jika Islam hanya pada nama

Assalamualaikum..

Macam mana ibadah puasa korang semua tahun ni?? saya tengok ramai kekawan saya update status mereka.. 'alhamdulillah, berpuasa sebagai isteri tahun ni'.. seronok tengok kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga.. tahniah korang.. rasa sebak plak sebab terasa diri tua dah.. huhuhu..

Ok.. berkenaan tajuk di atas tu.. kenapa susah sangat orang nak memahami Islam itu.. terutama orang bukan Islam.. jawapannya mudah sajer.. kerana kita tak pernah tunjuk Islam sebenar tu macam mana.. yang kita tahu saban hari kita terlalu ke arah kebaratan.. mengikut-ngikut cara budaya orang bukan Islam..

Saya bekerja di tapak pembinaan dan dikelilingi kaum cina.. mereka sering tanya saya kenapa saya pakai tudung.. kenapa saya berpuasa.. kenapa saya sembahyang banyak-banyak.. macam-macam mereka tanya.. dan ada juga soalan yang sukar untuk jawab pabila orang Islam kita lupa agama mereka.. antara soalannya kenapa ada melayu macam saya minum arak, tak pakai tudung, tidur dengan lelaki yang belum kahwin dan macam-macam lagi..

Bukan itu sajer.. malah banyak mereka menguji saya.. katanya, tak panas ke pakai tudung.. pakai skirt lebih baik.. soalan lain, kalau di rumah kena pakai tudung juga ke, suami tak boleh tengok ke.. seolah-olah satu pun mereka tak faham tentang agama kita.. sedih saya rasa..

Apala pemimpin kita sudah buat pada negara Islam kita.. mana perginya kepimpinan Islam yang diwarwarkan.. sedih sekali lagi saya memikirknya.. bila difikirkan balik.. jika dari ketua itu sendiri mendalami Islam dan menjelaskan Islam itu bagaimana pada semua rakyat jelata.. tak susah pun.. cuma tunjukkan Islam itu wajib apa.. larangannya apa.. dan kenapa.. pasti ramai yang akan hormati agama kita.. Islam juga mengajar kita menghormati agama lain.. 

Mana tahu bila mereka melihat Islam itu cukup terjaga dan indah, pasti ada tertarik untuk memeluk agama Islam.. kan lebih bagus macam tu.. tapi sayang seribu sayang.. orang Islam sendiri tak tahu Islam itu bagaimana.. yang mereka tahu solat 5 waktu, solat jumaat, berpuasa, tutup aurat.. tapi banyak lagi Islam ajar bagaimana tutup aurat dengan sempurna, solat dengan khusyuk, berpuasa lidah, telinga, mata dan pelbagai lagi tentang keperluan seorang yang beragama Islam..

Jika kita rasa ia susah, Allah takkan janjikan kita ganjaran dan pahala berlipat ganda.. tapi bagi orang Islam yang ikhlas dalam hidupnya, pasti melakukan segala kebaikan tanpa mengharap ganjaran dari Allah swt.. dan ingat satu perkara.. Allah janjikan syurga yang sangat indah tidak terkata buat kita yang mengikut surahanNya.. serta neraka buat kita yang sering melakukan dosa..

Pahala tu memang mudah dapat.. bergitu juga dengan dosa.. kadang-kadang kita tak perasan benda sekecil zarah tu dipanggil dosa.. seperti kita sebut 'artis tu hodoh, tapi dapat kahwin dengan laki ensem, tak aci' kadang-kadang kita sendiri tak sedar apa yang kita lafazkan.. di situ pun kita dah menghina ciptaan Allah swt.. ish ish ish.. apa nak jadilah pada kita semua ni..

Kalau macam tu.. mari kita yang cuba betulkan diri kita dahulu.. beritahu mereka (orang bukan Islam) tentang Islam sebenar.. biar mereka tak faham kenapa kita pakai tudung tapi asalkan mereka sudah diberitahu.. bergitu juga dengan perkara-perkara lain dalam Islam..



Selamat menjalani ibadah puasa.. =)


No comments: