سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Saturday, August 31, 2013

Penolak troli di pagi hari

Sesudah subuh tadi. Aku ke kekereta untuk mengambil gps. Kena cas sebab nak berjalan jauh hari ini. Di kereta ada kucin mengeow makanan. Ku berikannya wiskes. Kemudian ku naiki tangga ke tingkat satu rumah ku. bunyi macam ada troli bergerak menghala ke lif. lalu ku lihat.

Jeng jeng jeng.

Seorang budak lelaki darjah 4 agaknya sedang menolak troli pasaraya ke lift. Dia memang budak bukan hantu. Trolinya penuh dengan jualan nasi lemak ibunya. Pasti dia bangun seawal pagi untuk membantu ibunya menjual nasi lemak. Ku cuma senyum padanya. 

Apakah nasib si penolak troli itu?

Ia tak sama dengan kehidupan kanak2 lain. Kanak2 lain masih tidur ketika ini kerana kepenatan bermain menyambut kemerdekaan semalam. Tapi dia seorang penolak troli yang pasti disuruh ibunya tidur awal kerana esok pagi dia kena menolong ibunya menjual nasi lemak.

Masih adakah nasib manusia seperti itu walaupun di kota?

Apakah nasibnya selepas ini.?

Ku doakan ia menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti..
Amin..

Friday, August 30, 2013

Akulah pesalah

Detik 31 ogos malam ini ku menulis
Sebuah puisi orang bodoh
Kebudak budakan tiada unsur kematangan
Memberitahu satu rahsia
Dia baik tapi dia jahat
Kejahatan dia sengaja butakan
Sedaya upaya dia cuba putarkan
Agar nampak baik didepan mereka
Dia merana seorang diri
Murah airmatanya
Tak peduli walaupun tiada bersimpati
Dia suka melihat mereka senyum gembira
Tapi dia sukar dapatinya
Hidupnya kucar kacir
Dia cuba baiki dan ikut caranya
Tapi tiada seorang pun berkenan
Tiada seorang mahu bantunya
Walaupun dia suka bantu orang
Nampak mukanya kepenatan
Bukan kerana kerja tetapi kerana berdendam
Seorang penakut dengan kesalahan
Banyak kesalahannya sebenarnya
Cuma dia tak nampak
Tiada orang yang tak bersalah nak beritahunya
Sehingga seseorang suruh cermin diri sendiri
Dia mula merasakan dianya tiada guna
Kesedaran itu mula muncul
Dia keliru
Dia sedih kerana dia adalah dia
Dia itu aku
Akulah pesalah

Maafkan aku.. aku mahu lari dari segalanya..
Tuhan.. ambil aku jika aku membuat mereka terseksa..

Tunduk walaupun benar



Langit tak selalunya cerah..

Kerana Allah tahu ku akan telan segala yang pahit.. menerima segala yang silap.. walaupun mulut ku berbisa.. mempersoalan kesilapan sesorang tetapi Allah tahu ku mampu lagi terimanya.. Allah tahu ku mampu menelan kekasaran, mengalah dan bertahan.. bertahun airmata ini jatuh tiada simpati.. siapa kesah.. siapa peduli.. setiap saat salah dalam hidup sesiapa.. kekadang datang ketakutan untuk membuat keputusan sendiri.. lepas keadaan kembali pulih, ku nampak sinar baru dalam hidup.. ku cuba buat keputasan sendiri lagi.. tapi terpaksa menelan kesakitan lagi..  ia cuma bayang hitam.. dengan telunjuknya ku ikut.. ku terima segalanya.. tak pernah berubah walaupun untuk aku..  sehingga ku menjadi sehina-hina manusia di sisi mereka yang mengenalinya.. setiap kekasaranku.. dikatanya 'kau percaya pada Allah? jika percaya, minta padaNya'.. setiap kekasarannya hanya airmata ini jatuh membasahi sujudku.. kenapa tidak kau pula meminta pada Allah agar ku menjadi kau.. bertahun ku tak kesah rezeki yg rugi, ku tak pernah marah.. ku tak pernah minta ganti rugi.. tiada airmata khas untuk kehilangan benda yang tiada nyawa.. ku anggap rezeki hilang itu menebus dosa lalu.. dulu ku jahil.. ku lupa.. setiap airmata ini adalah penyesalannya.. Allah sangat sayangku.. Dia menguji aku setiap detik.. supaya aku ingat padanya.. supaya aku belajar sesuatu.. 

"Tunduk walaupun benar.."

Tuesday, August 13, 2013

Cinta aku


Nasib malang sering menjadi teman hidupku
Kerana nasib itu ku belajar erti kehidupan

Difikirkan
Orang lain tak mampu seperti aku
Sungguh derita peristiwa lalu
Hadapi kesan hingga saat ini

Gelap
Ada indah di merata memori
Tapi kepahitan terselit masuk

Benci dan dendam
Penuh di dada
Kesukaran untuk melepaskannya
Kekadang berdendam dengan diri sendiri
Benci teramat kisah diri

Aku
Yang pasti aku
Tetap aku
Cinta aku
Hanya aku




Friday, August 2, 2013

Baju raya 1 Syawal


Ramadhan ke 25..
Sudah hampir pada hari kemenangan umat Islam..
MasyaAllah.. sungguh cepat masa berlalu..
Sayu hati mendengar lagu raya di corong radio..
Apatah lagi takbir raya yang bakal didengari oleh semua umat Islam..
Berlalu pergi malam-malam keberkatan yang ditunggu-tunggu selama ini..
Lailatuqadar tetap malam rahsia..
Kalau malam ini hidup seperti hari raya..
Belum tentu malam-malam di bulan lain sama seperti ini..
MasyaAllah, hibanya rasa..
Tarawih yang kan ku rindui..
Bulan keberkatan yang ku impikan..
Belum pasti ku akan temui lagi..
Kerna nadi ku boleh berhenti bila-bila masa sahaja..

1 Syawal bakal tiba..
Tiada sambutan besar-besaran dari ku pada hari itu..
Hanya impikan dapat bersama keluarga tercinta..
Memakai busana yang sederhana.. 
Hasil upah jahitan mak saudara ku..
Sambil ku niat sedekah buat mereka sekeluarga..

Sungguh berlainan tahun ini sambutan aidifitri ku..
Serba sederhana buat ku..
Moga merasakan perasaan 1 syawal yang disambut oleh mereka yang serba kurang..
Izinkan ku melafazkan rasa nikmat kesyukuran dengan rezeki Mu pada hari ini..
Ya Allah.. Alhamdlillah..