سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Wednesday, October 23, 2013

Buat Suhaila


Suhaila..  
Kenapa kau bersedih
Sedangkan Allah sedang menguji mu
Niat mu murni besar hajatnya
Tapi mereka tak suka sebuah silaturrahim
Anggapan mereka yang tertutup itu tetap tertutup  


Yang menyusahkan itu terus menyusahkan hidup mereka
Sedangkan mereka lupa
Allah jadi manusia semua sama disisiNya
Tak usahlah kau membenci mereka  
Kau cermin diri kau sama seperti mereka cermin diri mereka
Tetap nampak kau hanya manusia biasa
Dan mati tetap bertemu Allah  

Suhaila..
Pujuk hatimu sendiri
Bukan salahmu ditemukan orang-orang sebegitu

Untuk kau tahu manusia itu pelbagai ragam
Rambut sama hitam tapi belum tentu baunya harum
Mungkin kau penyedar buat mereka
Kerana walaupun dihina, kau tetap tidak hina kembali
Kau sudah cuba lafazkan apa kau rasa
Allah lihat kau berusaha untuk cuba sedaya upaya  
Untuk orang faham apa yang kau cuba sampaikan  


Tapi mereka keras jiwa dan ego
Kata-kata kau hanya makanan ringan bagi mereka
Setelah makan lapar kembali
Tiada khasiat untuk mereka simpan
Walaupun bersungguh kau cuba sampaikan
Tetapi mereka tetap menyamakan kau dengan masa silam
Mereka tak nampak kau berubah

Berbanding mereka siapalah aku
Mungkin memang ada hikmah
Jika dipanjangkan umur
Akan ku didik anak ku menjadi manusia yang Allah kasihi
Dan tidak menyakiti manusia lain
Mungkin itu pengajaran yang aku belajar dari seseorang dan mereka  
Suhaila..
Usah kau bersedih


Manusia memang begitu
Sekali lafaz katanya pasti ke atasnya jua
Jika 'bodoh' hinaannya
Maka bodoh juga ke atasnya
Usah kau risau
Doakan diberi peluang untuk mereka merasa kesedihan manusia lain
Amin ya rabalalamin