سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Sunday, October 20, 2013

Hanya tinggal secebis hati untuknya

Kerna cintaku dan cintamu
Sememangnya satu cinta
Takkan terpisah

Terjaga dari tidur itu membuatkan saya terasa kesunyian di pagi hari
Lalu aku menulis dan pusingkan lagu black 'takkan terpisah'

 ...........................................................................................................

Awak
Kenapa hati awak resah setiap kali ia berlaku
Maafkan saya kerana sentiasa mahukan hubungan yang sempurna
Saya pun tidak menyangka banyak perbezaan pandangan kita berdua dalam sebuah hubungan yang sempurna itu
Awak begitu
Saya begini
Cinta awak umpama dibarat
Moden, professional dan matang
Cinta saya umpama ditimur
Klasik, jumud dan kolot
Lama kelamaan lebih banyak kata-kata yang boleh membunuh jiwa saya
Sedangkan saya hanya lakukan kesalahan yang sama sahaja
Mungkin kata-kata dari awak selepas ini adalah kata-kata terakhir yang saya akan dengar

Awak
Kenapa menyalahkan jodoh di dunia ini
Kenapa awak merungut kehadiran saya sebegini
Kalau awak rasa tersiksa, saya lebih tersiksa kerana selalu memikirkannya
Jika jodoh itu bukan milik kita lagi
Tiada lagi saya di pagi hari akan kejutkan awak 'abang, bangun pergi keje'
Tiada lagi soalan rutin saya 'abang buat apa tu'
Tiada lagi awak melihat makanan kucin dalam bonet kereta
Tiada lagi awak melihat saya bercakap denga kucin jalanan
Tiasa lagi awak melihat pemandu tidak berhemah ini
Tiada lagi saya di dalam gambar awak lepas ni
Tiada lagi cuti hujung minggu kita dengan hobi yang sama
Tiada lagi peneman awak bagi ikan makan
Tiada lagi seseorang yang menerima penampilan awak sebagaimanapun
Tiada lagi mendengar kata-kata tentang Tuhan dari saya
Tiada lagi peneman wayang dan popcorn yang terjatuh
Tiada lagi awak melihat saya menangis kerana awak
Tiada lagi seseorang yang akan menganggu pada hari jadi awak
Tiada lagi ibu buat pmo
Tiada lagi gelagat gambar pmo buat saya
Tiada lagi seseorang yang akan berkongsi makanan dengan awak
Tiada lagi nasi lemak opah dan mydin dalam kenangan awak
Tiada lagi seseorang yang akan bantu awak bila musibah datang
Tiada lagi nasi air dan ikan masin saya
Tiada lagi kenangan berbuka puasa di dalam kereta dengan sardin dan telur dadar
Tiada lagi awak temui seseorang yang suka edit gambar sambil dengar lagu
Tiada lagi awak terima ayat-ayat jiwang dari saya
Tiada lagi seseorang yang segalanya dengan awak dan banyak lagi
Tak mampu saya nak senaraikan semuanya dengan hati menangis ini
Tapi perkara paling indah yang awak akan takkan jumpa selepas ini
Iaitu tiada lagi awak mendengar suara saya

p/s : mungkin kisah silam saya adalah musuh awak, tapi dalam cerita kisah silam saya tu, sejak saya jumpa awak, sudah lama saya jatuh hati dengan awak, maka dalam kisah silam saya tu saya sedang mencintai seseorang iaitu awak. pertemuan pertama kita adalah malam bersama kereta sewa putih dan masih saya ingat malam tu juga sms pertama dari awak dan membuat saya tersenyum dan pertama kali saya mulai sorok handphone saya pada ex saya.. kalau awak ingat ayat pertama saya call awak, 'Assalamualaikum, dah sampai depan blok ni, nak anta kereta'.. mungkin saya banyak tipu awak tapi perlahan-lahan saya mahu lepaskan dia.. dan bersama awak selamanya.. tapi siapa sangka perlahan-lahan juga dia mencari peluang melepaskan saya dan sekelip mata dia mengetahui awak sudah lama wujud dalam diari ini, lalu dilepaskan saya pada awak sepenuhnya.. ketika itu saya rasa kehilangan sesesuatu tapi saya yakin ada awak akan membahagiakan saya lebih dari itu kerana hati saya sudah lama memilih awak.. cuma pelbagai dugaan dan ujian yang datang untuk memisahkan kita sejak pertemuan kita tapi jodoh itu ajaib.. takkan terpisah 

~ andainya kau tahu apa yang ada dalam hati ku

kalaulah awak masih ingat insan yang komen itu adalah awak
   
Sejujurnya sudah lama saya jatuh cinta pada awak.. berapa lama saya pertahankan cinta saya ini.. pelbagai ujian saya terima dan bertahan tapi jika tiada juga jodoh ini, saya akan lepaskannya.. usahlah awak risau lagi.. saya tak harap cinta saya berbalas kerna saya tahu sebenarnya siapalah saya buat awak.. suhaila yang paling dikasihani

Terima kasih atas segalanya




No comments: