سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Friday, November 29, 2013

Lelah ku tidak ke mana


Perjalanan hidup ini menduga ku
Sukar untuk diluahkan dalam sebuah tulisan
Kecuali berpeluang merasai

Sungguh lelah ku di kota
Merindui warga kampung
Mata ku kekadang penat untuk melihat sekeliling
Aku tak rindui waktu dulu
Tiada apa yang indah ketika dulu

Demi meneruskan hidup
Ku cari rezeki Allah
Ku rempuh segala ujian hidup
Ku masih bernafas untuk bekerja

Pernah ku kecewa 
Harapan yang aku impikan menjadi duka
Sehingga aku rasa mungkin tak perlu berharap lagi
Hati ini sungguh kecewa dengan segala keputusan
Ku tak membenci
Tapi ku mahu diam bila tiba waktunya

Ketika tadi
Lamunan ku terhenti di lorong smartag tol
Kenapa boleh aku lupa letak smartag di atas dashboard
Fikiran ku penuh dan padat 
Lalu ku berhenti di tepi lebuhraya
Menghembuskan nafas yang panjang
Aku terlalu lelah
Menghadapi hidup

Ingin aku 
Memegang tangan seseorang
Baring di atas rumput
Melihat langit yang putih kebiruan

Cukup itu.





Friday, November 1, 2013

Hai.. saya update blog huhu

Salam buat semua..

Ini bebetul serius nak ngaku yang tetiba ada perasaan malu masa update blog.. yela.. macam dah mati plak zaman keblogan.. hehehe sebenarnya sambil mengupdate blog di kerusi urut aeon.. hehehee dasyat tak??? Hahaha..

Hari jadual memang pack gegiler.. keje kat site memang tak pernah siapa selagi projek tak habis.. pastu tergesa-gesa gi pejabat pos, jumpa customer dan sekarang tengah tunggu wayang kat ioi..

Tak sabar esok nak cuti panjang.. yeyyyy..

Oklah.. kite dah pening nak fikir sal warna pelamin dan baju sanding.. baju nikah memang dah decided.. tapi warna2 utama ni susah sikit.. haishhh.. serius.. memang tak tahu.. belah sana dah menanya nak letak hantaran bape.. alamak..

Sebenarnya aku la paling tak kesah bab hantaran asalakan duit kenduri cukup.. acececece..

Betul laaa..

Ok laa.. lain kali sambung.. bye..


AD