سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Lama sudah tidak bersua

Rasa yang aneh
Seperti hilang bayangan
Aku bawa diri ketepi
Untuk melihat kewujudan
Cahaya yang belum malap

Dalam dingin hujan turun lebat sekali
Sejuk sekali ketika ini
Elok jika ada yang sudi memanaskan
Agar tidak rasa selesa hilang
Bukan hari ini rupanya

Menanti hari esok datang lagi
Harapan tetap tinggi
Ertinya tiada
Hanya cebisan yang ada
Untuk seketika atau selamanya
Keliru

Rindu bertalu
Tidak ke mana
Kenangan suatu kesilapan
Masih berdiam antaranya
Kita mungkin bersatu
Di alam lain


Wednesday, November 19, 2014

Rindu tiada

Bila mengharapkan ada yang rindu
Rupanya tiada

Tiap kali rindu datang
Hanya untuk suasana
Bukan diri ini

Apa mampu bertahan
Hanya lebih sabar
Hari mendatang mungkin lebih indah
Mungkin tidak

Jika itu suatu kepuasan
Rela dilakukan sebergitu
Jika itu suatu keterpaksaan
Rela undurkan diri
Bahagia yang mu cari

Tak mahu seksa dirimu selamanya
Lafazkan rasa benci
Agar diri ini boleh pergi
Pada Tuhan yang lebih menyayangi
Sakit tetap perit
Hati makan dalam

Suratan..

Saturday, November 15, 2014

Musuh udara


Hirup udara segar ketika dahulu
Tenang fikiran
Seperti bau rumput di pagi hari
Bunga kembang pagi cantik kelihatan
Sebelum matahari memanaskan bumi
Pasti ramai ingin menikmatinya
Sungguh tidak enak
Ketika tenang diganggu
Setempat takpa
Bersebaran di udara
Lenyap bau segar
Ditindani musuh udara
Bunga kembang pagi telah dikaburi
Pagi itu tidak lagi enak dinikmati
Kerana mereka lebih sayangkan mati
Dari sihat yang panjang
Takpa belum terlambat untuk berubah
Meskipun tiada siapa berubah
Sedapkan hati sahaja


Thursday, November 13, 2014

Seketika terima kasih

Jika diperlihat dunia yang lain
Mungkin bukan aku yang layak
Berasa sesuatu yang sukar di depan
Beratnya mata untuk bangkit
Maafkan aku bukan untukmu
Manisnya pertemuan
Tiada penghalang untuk bersama
Inikan untuk selamanya
Hanya perlu menanggung
Keresahan hati tiada kesudahan
Kerana wujud ikatan tanpa cinta

Masih boleh wujud sayang
Hanya bermain dengan masa
Pula bagaimanamu
Sanggup menunggu sesuatu yang tidak mendapat balasan

Sudah tiba masa
Untuk undur diri
Dari semua ini

Monday, November 10, 2014

Belum berakhir

Salam,

Seorang gadis sedang menulis tentang saki baki hidupnya. Mengenangkan apa perkara yang telah terjadi kepada dirinya. Hanya mampu untuk mengungkapkan senyuman. Ada cahaya dan malap yang tak mampu diungkapkan. Yang berlalu biarkan ia berlalu pergi dengan angin petang. 

Angan-angan gadis itu belum musnah pun lagi kerana dia tak pernah berasa serik dalam hidupnya. Cuma banyak perkara yang mendewasakan gadis itu dan dia lebih tenang setenang air di tasik. Siapa tidak cemburu dengan kehidupan mereka yang lain. Walaupun belum dapat cahaya mata tetapi mereka masih ada seseorang yang wujud untuk dikongsikan kisah hidup mereka. Mereka belum bersatu tapi telah mengikat satu tali yang kuat. Ia sesuatu perkembangan yang baik buat mereka. Malah gadis itu masih lagi keseorangan.

Waktu ini, bukan cahaya mata pertama tetapi dah hampir ke dua dan ketiga, mereka bahagia, sungguh bahagia. Bergulung sarjana. Bertuah. Masa depan yang panjang dengan cahaya. Alhamdulillah. Dahulu, gadis itu cuba untuk mencapai tahap seperti mereka tetapi tidak kesampaian. Mungkin belum sampai waktunya. Mungkin tiada. Tidak mengapa, gadis itu tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa bersabar.

Lama penantian itu, sungguh lama sehingga jemu ada dalam diri. Sebenarnya banyak perkara gadis itu belajar ketika menunggu sesuatu yang belum pasti. Pertama, gadis itu sangat bersabar dengan perkara yang tidak baik berlaku padanya, hanya dengan kudrat sendiri dia berusaha menangani masalah yang datang. Gadis itu berharap seseorang ada dekat dengannya sebagai perlindungnya rupanya tiada. Hanya malaikat yang menjaganya dan Tuhan mengizinkan keselamatan gadis itu. 


Kedua, gadis itu cuba merasai kebahagian melalui kebahagian mereka yang lain. Dengan melihat mereka bahagia tanpa melahirkan rasa cemburu dalam diri ia cukup membahagiakan hati dia. Sungguh indah perasaan itu sukar diungkapkan. 


Perasaan. Sayang. Cinta. Masih ada dalam dirinya tetapi telah dibahagikan sama rata pada semua mahkluk lain. Tiada lagi yang lebih istimewa melainkan Tuhan dan keluarga. Sisa sisa kasih sayang dibahagi sama rata untuk tidak terluka lagi.

Selepas ini apa. Belum diketahui dan belum pasti. Tetapi gadis ini sentiasa menjalani hidup yang harus diteruskan. Lama tidak menangis dan lama tidak merasa di bawah. Biarlah ia sedang sedang sahaja. Tiada perkara untuk dirungutkan kerana semuanya adalah dari Tuhan. 

Hargai. Lebih baik perkataan itu dilenyapkan dalam kamus dewan bahasa.

Ikhlas. Itu lebih terbaik untuk hidup gadis itu.

Gadis ini tidak bernasib malang tetapi sentiasa diuji kerana disayangi oleh Tuhan. Terima kasih sentiasa menyayanginya.






Tuesday, November 4, 2014

Kissproof lipstick tak lekat pada gelas

Salam..

Percaya tak korang yang lipstick kissproof ni kalis air.. Pertama kali jumpa lipstick ni dekat kedai nampak menarik je color dia.. so test kat tangan.. sekali cuba padam tengok tak dapat padam.. oh.. memang water proof la.. terus beli dan pakai untuk diri sendiri.. Last last terjual plak sebab nak pakai semua color kan.. hehe.. Kelebihan lipstick kissproof ni adalah :

- Tahan lama
- Kalis air (tak lekat pada gelas minum)
- Matte
- Tak berkilat
- Sangat natural dan cantik bila pakai
- Tak berbau
- Warna yang cantik

Bagi siapa yang nak order boleh hubungi saya.. 0137549240

Latest Price!!!!






Apa tunggu lagi.. jom order.. ada semua kod color!!!!