سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Monday, November 10, 2014

Belum berakhir

Salam,

Seorang gadis sedang menulis tentang saki baki hidupnya. Mengenangkan apa perkara yang telah terjadi kepada dirinya. Hanya mampu untuk mengungkapkan senyuman. Ada cahaya dan malap yang tak mampu diungkapkan. Yang berlalu biarkan ia berlalu pergi dengan angin petang. 

Angan-angan gadis itu belum musnah pun lagi kerana dia tak pernah berasa serik dalam hidupnya. Cuma banyak perkara yang mendewasakan gadis itu dan dia lebih tenang setenang air di tasik. Siapa tidak cemburu dengan kehidupan mereka yang lain. Walaupun belum dapat cahaya mata tetapi mereka masih ada seseorang yang wujud untuk dikongsikan kisah hidup mereka. Mereka belum bersatu tapi telah mengikat satu tali yang kuat. Ia sesuatu perkembangan yang baik buat mereka. Malah gadis itu masih lagi keseorangan.

Waktu ini, bukan cahaya mata pertama tetapi dah hampir ke dua dan ketiga, mereka bahagia, sungguh bahagia. Bergulung sarjana. Bertuah. Masa depan yang panjang dengan cahaya. Alhamdulillah. Dahulu, gadis itu cuba untuk mencapai tahap seperti mereka tetapi tidak kesampaian. Mungkin belum sampai waktunya. Mungkin tiada. Tidak mengapa, gadis itu tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa bersabar.

Lama penantian itu, sungguh lama sehingga jemu ada dalam diri. Sebenarnya banyak perkara gadis itu belajar ketika menunggu sesuatu yang belum pasti. Pertama, gadis itu sangat bersabar dengan perkara yang tidak baik berlaku padanya, hanya dengan kudrat sendiri dia berusaha menangani masalah yang datang. Gadis itu berharap seseorang ada dekat dengannya sebagai perlindungnya rupanya tiada. Hanya malaikat yang menjaganya dan Tuhan mengizinkan keselamatan gadis itu. 


Kedua, gadis itu cuba merasai kebahagian melalui kebahagian mereka yang lain. Dengan melihat mereka bahagia tanpa melahirkan rasa cemburu dalam diri ia cukup membahagiakan hati dia. Sungguh indah perasaan itu sukar diungkapkan. 


Perasaan. Sayang. Cinta. Masih ada dalam dirinya tetapi telah dibahagikan sama rata pada semua mahkluk lain. Tiada lagi yang lebih istimewa melainkan Tuhan dan keluarga. Sisa sisa kasih sayang dibahagi sama rata untuk tidak terluka lagi.

Selepas ini apa. Belum diketahui dan belum pasti. Tetapi gadis ini sentiasa menjalani hidup yang harus diteruskan. Lama tidak menangis dan lama tidak merasa di bawah. Biarlah ia sedang sedang sahaja. Tiada perkara untuk dirungutkan kerana semuanya adalah dari Tuhan. 

Hargai. Lebih baik perkataan itu dilenyapkan dalam kamus dewan bahasa.

Ikhlas. Itu lebih terbaik untuk hidup gadis itu.

Gadis ini tidak bernasib malang tetapi sentiasa diuji kerana disayangi oleh Tuhan. Terima kasih sentiasa menyayanginya.






No comments: