سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Monday, December 29, 2014

Lelaki huruf A hingga Z

Oh man (kata dalam bahasa orang putih)
Oh lelaki la sebab kita orang Melayu kan..
Memang mereka sama subjek
Bukan..
Jangan salah faham plak..
Aku maksudkan lelaki yang hadir dalam hidup aku sama..
Bezanya cuma ada pada nama..
Apa-apa pun aku doakan korang semua bahagia..
Jangan salahkan aku plak kalau korang terlepas aku..
Peluang hanya sekali..
Hahahahaaa..
Perasan!

Mood : Kahwin cecepat jalan terbaik k

Wednesday, December 24, 2014

Pilihan

Hidup ada pelbagai pilihan
Sebab tu orang cakap perkara paling susah adalah membuat pilihan
Kerana manusia hanya mahu suatu yang sempurna
Konon!
Walau bagaimana pun hidup memang kena memilih
Tak boleh nak telan semua
Nanti jadi hantu
Meroyan tak tentu pasal
Mula salahkan orang lain jer kerja kau nanti
Apa boleh kita buat
Redha dalam pilihan hidup
Kalau salah sekalipun
Anggap ia adalah ketentuan atau menebus dosa lalu
Biasalah tu ujian hidup

Sekarang ni aku kena pilih
Samada nak kahwin atau tidak
Kahwin tu kan baik
Ada juga orang nak jaga kita
Dari hidup merapu tak tentu hala
Tapi berkahwin dengan perasaan yang kosong
Ibarat kena kahwin paksa plak
Macam cerita dulu kala
Keluarga tentukan semua
Tiada pilihan, kahwinlah si anak
Hahahahaa..
Itu zaman bila tu
Tapi mak cakap itu semua ujian
Setan kan tak suka tengok orang nak dirikan masjid
Maka wujud perasaan itu ini
Yelaaa.. Gila tak perasaan ini
Aku dah berapa kali 'Apa kata pulangkan balik cincin tu'
OMG opss tukar OMA (oh my Allah)
Apa aku fikirkan ni
Celaru gila

Kenapa?
Perasaan pada orang lain ke?
What??????
OMA
No..
Orang kata 'Please buat solat istiharah'
Doa banyak-banyak
Tet..................

Sekarang dah buat pilihan
Terima segalanya
Aku tengok tiada selain dia yang baik dengan aku
Sejahat dia, jahat lagi aku
Kalau dia nak kahwin dengan aku
Kira dia sayang aku lagi la kan
Takkan aku nak tukar fikiran hanya kerana perasaan celaru

Tiada apa yang perlu diubah
Perasaan itu hilang
Tapi kita boleh cuba selepas berkahwin kan
Bercinta selepas berkahwin??
Aku pernah bercinta sakan dah dengan mamat tu
Lepas tu hilang entah ke mana
Sekarang nak suruh cari balik??
Tentulah tidak
Biar ia datang sendiri jer
Yang penting sekarang
Hubungan suami isteri itu adalah bekerjasama antara satu sama lain
Untuk memenuhi kehendak hidup di dunia
Membesarkan zuriat bersama
Dan menjaga satu sama lain sehingga tua
Bersusah bersenang bersama

Mungkin
Mungkinlah
Mungkin juga

Itulah makna Cinta..

=')

Monday, December 22, 2014

Jangan dihina diri yang sudah hina

Jika rasa diri ini sungguh keji
Tidak usah dihina
Aku datang tanda silaturahim
Bukan sebagai musuh dalam selimut
Siapalah aku untuk mengecapi bahagia seorang diri
Keji sungguhkah aku melihat kau menderita
Sedangkan aku masih punya harapan
Salahkah aku berikan kau harapan sebagai teman
Yang pernah lalui hidup bersama
Sahabat baik dunia ahkhirat
Tuhan marah ke
Jika aku hanya dianggap hina
Biar aku kuburkan rasa ini

Thursday, December 11, 2014

Aku kena terima hakikat

Yes!
Aku kena terima hakikat
Apa yang berlaku adalah takdir Tuhan
Maka tidak baik untuk bersedih
Ini bukan episod teduhan kasih
Ini hanya baru permulaan..

Sunday, December 7, 2014

Kecelaruan

Sudah lama ku lalui jalan hidup ini
Pelbagai yang ku pernah rasa
Telah jauh ku buang kepercayaan itu
Di mana ku harus cari kembali
Resah jiwa ketika ini
Jauh tak berfikiran
Dekat bercelaru
Perkara baru hendak bermula
Tetapi aku mula ragui
Kisah lalu menghantui
Kali ini lebih menjadi
Adakah aku harus telan?
Mungkin jua ini hukum dunia
Terima kesakitan
Bersabar dengan dugaan akan datang
Jika kesilapan berlaku
Satu keredhaan harus ada
Percaya takdir

Friday, December 5, 2014

Derita

Tak siapa di antara kita di dunia
Memilih jalan hidup yang derita

Thursday, December 4, 2014

Adakah betul pilihan ini

Entah mengapa
Hati ini sungguh keliru
Mencari erti cinta yang sebenarnya
Dalam hidup ku
Kenapakah hati ini
Sangat gelisah
Meninggalkan kenangan lalu
Yang amat bermakna
Andai hari esok tiada
Kita pasti bersama selamanya
Berdua yang tidak akan putus lagi
Oh bahagianya

Hari-hari rasa tidak tenang
Hari-hari rasa tidak cukup
Senyumanku dulu telah pergi
Dibawa oleh dirimu
Tolonglah datang kembali
Untuk hati ku
Yang semakin parah
Dengan kerinduan
Jangan dikau ragu cinta ini
Jangan dikau hancurkan harapan
Yang ku berikan kini
Hanya untuk terakhir kali

Oh Tuhan
Ku amat keliru
Ku rindunya
Ku sayangnya
Oh Tuhan

Bolehkah ku berpatah
Kembali ke jalan lama
Sukarnya untuk aku
Menelan kesakitan ini
Jika dari jauh kau baca
Aku harap kau mengerti