سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Wednesday, November 25, 2015

Baby.. jom keluar..

38 minggu..
3 kg..

Anak selesa sangat membesar dalam perut..
Tak mahu keluar jenguk dunia ke..
Orang lain 37 minggu pun dah bersalin..
Nervous plak ibu rasa..

Baby.. Jom keluar..


Monday, September 14, 2015

Perlu ke scan 3D & 4D bayi?


Minggu lalu aku pergi scan 4D my baby dalam perut..
Tak rasa nak scan pun sebab tiap bulan aku scan perut tengok baby..
Cuma bezanya 4D ni dia boleh tengok banyak sisi dan lebih jelas wajah baby nampak nanti..
Bagi aku yang jenis super duper jimat sekarang ni..
Rasa scan 4D ni tak payah pun takpa.. hehe
Tapi orang sekeliling aku yang asyik duk tanya bila nak scan 3D 4D tu..
Dorang siap-siap perli lagi..
Ala tak sampai 200 ringgit pun, bila lagi.. Anak first kan..
Aku pun pergi la scan sebagai memenuhi syarat pregnant kali pertama..
Kalau orang tanya wajib ke tak.. bagi aku TAK..

Hahahahaaa..

Aku tak suka sangat scan perut sebab doktor akan tekan-tekan perut..
Sakit gak laa.. walaupun kau tengah excited nak tengok baby kan..
Tapi senak gak la kena tekan dengan doktor.. hehe
My baby pun tak suka bila kena scan..
Mesti dia memusing-musing dan tutup muka dengan tangan..
Pastu kaki dia mula menendang-nendang semua sudut perut aku..
Aduiii.. buasnya la baby.. hahaha


Gambar kat atas tu contoh scan biasa..
Tula anak aku.. huhuhu..
Hidung tu nampak mancung bila dari sisi tapi bila dah scan 4D macam penyet jer..
Hidung tiru aku la tuuu.. penyet.. hahahaaaa..


Bila scan 3D 4D jadi la gini..
Hidung penyet macam aku.. tapi tetap cumil macam aku gak la hahahaa..
Perasan tul.. :p

Tak sabar plak nak tengok real my baby..
Harap Allah mudahkan aku untuk lahirkan anak aku..
Aamiin..

Untuk makluman.. aku tak upload kt facebook gambar-gambar baby aku sebab aku rasa facebook tu macam medan bacaan umum yang mana semua orang boleh terasa dan aku tak suka nanti orang mengata kita macam-macam.. bila jadi apa-apa yang buruk terhadap diri sendiri kang.. orang mesti kata 'PADAN MUKA'.. Tak suka perangai orang sekarang.. huhuhu.. kalau aku nk upload pun lepas baby lahir kot.. hehe..

Sebelum nak akhiri penulisan ni.. nak bagi 1 gambar yang paling buat korang menyampah hahaha..


Wekkkkkkkkssssss...
Hahahahaaaa..
My baby boy jelir lidah protes sebab nak scan dia sangat.. :p

Anak ibu, siapa ajar tuuuuu... -_-"

Sunday, August 9, 2015

Suami ku luar biasa

My husband :')

Tengah malam hening ini aku menitiskan air mata..
Menjadi isteri adalah perkara paling sukar dalam hidup aku..
Menjadi ibu tak lama lagi adalah saat paling mengembirakan aku..
..................

Duhai anak ku,
Kehadiran mu anak, sangat bermakna bagi ibu..
Segala perbualan kita abi tak pernah tahu..
Dan ia rahsia tau..

Anak perlu tahu..
Ketika anak baca nurkilan ibu ini..
Abi terlalu baik dengan ibu..
Selalu buat ibu menangis..
Nangis sorok2..
Kerana ibu terharu sesangat dijodohkan dengan abi..
Tiap malam abi hidangkan segelas susu untuk ibu..
Katanya adik lapar..
Selalu ibu tidur dulu, abi tidur kemudian sebab dia nak tengok national geografi kat astro..
Kekadang kalau abi tertidur diruang tamu..
Ibu kejutkan suruh masuk dalam bilik..
Ibu memang suka terjaga tengah malam..
Pergi toilet..
Anak aktif sangat dalam perut asyik buat ibu nak terkencing jer..
Nasib ibu sayang anak.. :')
Ibu untung dapat abi..
Abi romantik..
Wakti tidur abi pegang perut ibu sampailah dia tertidur..
Kekadang ibu terkejut ada benda berat kat perut ibu..
Rupanya tangan abi..
Katanya, adik nak tidur peluk dia..
Abi selalu azan kat perut ibu..
Belum kuar lagi dah azan..
Katanya suruh adik belajar sembahyang awal2..

Paling best bila ibu termerungut..
Sakit kaki la.. sakit pinggang..
Nanti adala yang tolong urutkan tengah malam..
Abi tak pandai urut pun tapi dia sapu minyak ok dah..
Abi pandai jaga ibu..
Abi selalu bercakap dengan anak..
Suruh anak jadi orang berguna suatu hari nanti..
Rajin bersedekah macam ibu..
Rajin berjemaah dan jadilah imam terbaik kami..
Ketika ini ibu dah tahu jantina anak..
Nama pun dah ada..
Nanti ibu cerita next entry yer..

Duhai anak..
Lahirnya kamu didunia nanti..
Jagalah abi jika ibu pergi dahulu..
Jadikan abi idola terbaik dalam hidupmu..
Tolong ibu urutkan abi..
Tolohn ibu kejutkan abi solat sebab abi memang tidur mati..
Tolong ibu picitkan kepala abi lepas dia balik kerja..
Tolong ingatkan abi lap kaki selepas kuar tandas..
Dan tolong peluk abi selalu untuk ibu..
Eh ada 1 lagi, selalu doakan abi dimurahkan rezeki..
Ok sayang.. :')

Nurkilan;
Ibu..
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui..

Monday, August 3, 2015

Saat dan ketika ini terasa teramat

Orang kata tiada rezeki..
Menjadi manusia bukan mudah..
Banyak benda kena sabar..
Aku tahu aku sangat kerdil disisi mereka..
Apatahlah lagi untuk bersuara..

Pemberian adalah satu anugerah..
Tetapi jika aku tidak menerimanya..
Maka usaha cuma tidak berbaloi..

Dulu ketika aku masih bujang..
Mereka sanjung aku..
Bonus diberi..
Insiantif diberi..
Bila aku sudah berkahwin..
Tak kala sudah berbadan dua..
Mereka sisih aku..
Pulaukan aku..

Kesilapan aku juga..
Kerana ketika alahan aku terlalu manja..
Cuti terlalu kerap..
Mereka melihat kelemahan aku..
Aku cuba bangkit dan bekerja semula..
Tapi sayang..
Mereka menilai aku hanya untuk berberapa hari..
Setahun itu sia-sia..
Manusia kan..
Yang jahat itu mereka ingat..
Yang baik dilupakan..

Tidak apala..
Bekerja di syarikat cina bukan nak rasis..
Malah aku sanjung kerajinan mereka mengejar duit dunia..
Mungkin bukan tempat aku disini setelah mengandung..
Mereka rasa aku tidak diperlukan lagi..
Kerana ramai peganti aku menanti diluar sana..

Sayu hati ini..
Aku suka bekerja..
Tapi mereka nak buang aku..
Apa aku boleh buat..
Aku faham..
Siapa mahu bayar gaji buta ketika aku berpantang nanti..
Dengan tiada bonus untuk aku..
Adalah peluang untuk mereka menerima surat perletakkan jawatan aku..
Biasalah..
Pelakon terbaik dunia adalah bos..

Manusia,,
Tahuilah syarikat yang kamu akan bekerja..
Pilihlah yang menjamin kebajikan kamu..
Jangan bekerja denga syarikat yang hanya mahukan tenaga kamu ketika sihat sahaja..
Dan membuang mu ketika sudah lumpuh tanpa belas kasihan..

YWC Structures Sdn Bhd..
Tidak mengapa..
Aku sentiasa sabar ketentuan ini..
Aku nampak corak permainan mu..
Dan aku ketahui sejarah mu dengan kebajikan pekerja..
Sudah hampir 3 tahun bersama mu..
Sudah banyak pekerja kau lakukan sebegitu..
Cuma aku masih menunggu hari aku disini..
Kerana itu aku sedikit pun tidak marah ketika kamu melakukan seperti ini pada ku..
Aku yakin..
Tuhan mengantikan sesuatu yang lebih baik buat aku..

Nurkilan,
Site Supervisor pencen

Thursday, June 11, 2015

12 minggu

12 minggu..
Berkembang dengan baik nampaknya anak ibu ni..
Pertama kali buat buku merah jambu kat klinik kerajaan..
Ibu special kes, kena jumpa doktor..
Sebab nak ambil ubat alahan muntah..
Sebab tu dapat scan..
Kalau ibu-ibu lain nurse cek pastu dah boleh balik..
Jadi ibu ada gamba anak dalam perut..
Swasta pun ibu pergi check up gak..
Sentiasa scan tapi Dr.Aishah selalu lupa print..
Hehe..


Saturday, May 30, 2015

Iri hati dengan zuriat

Terasa ke..
Maaf la dengan tajuk yang melampau berbangga kan..
Harap dengan tertulis catatan ini..
Masing-masing faham dengan ketentuan masing-masing nanti..

Memang diakui rezeki mendapatkan zuriat dengan cepat tidak pun dirancang..
Paling tak sangka orang panggil bunting pelamin..
Tapi tidakla ketika naik pelamin dah ada baby dalam perut ni ha..
Waktu tu penuh makanan jer.. hahaha..
Kenduri dua-dua belah pihak memang sangat penat wuuuu..
Kalau boleh nak abiskan majlis dan rehat serta tidur..
Bagi aku takdala gelojoh sangat nak menikmati malam pertama tu kan..
Opss..

Usia kandungan aku memang mengelirukan ramai orang.. yela..
Apa tak nya.. seusia berapa hari aku dah berkahwin..
Ingat orang tak tanya ke soalan pelik-pelik pada aku??
Nak nak aku kerja syarikat Cina..
Pandangan dorang macam aku mengandung dulu baru kahwin..
Amboiiii.... sabor jela dengan soalan-soalan gitu..
Astagfirullahalzim..

Kebetulan sebelum akad nikah aku datang period lambat..
Dan ingatkan waktu akad nikah tu period lagi la..
Sekali dah bersih.. tapi waktu tu bukan waktu subur pun..
Kawan-kawan suruh makan ubat asid folic untuk kesuburan..
Aku seminggu nak kahwin baru makan.. itu pun kekadang lupa..
Lepas kahwin.. lagi la lupa..
Ubat yang kena guna air.. memang selalu aku abaikan..
Cuma ubat vitamin C dan supplement Oli Candy aku ambil kerap sebab kemam dalam mulut jer
macam gula-gula.. 
Sebab tu tak pernah lupa yang tu..

Untuk next period aku tunggu la..
Sebab aku rasa sengugut teruk..
Suami selalu tanya, tak period lagi ke???
Aku plak selalu cakap.. Nak period la ni..
Dia duk sibuk cakap, ntah-ntah pregnant..
Aku plak duk sibuk cakap, eh awal sangat tu.. lagipun sengugut nak period..
Prasangka aku lambat sebab perubahan hormon la kot..
Alih-alih kena alahan teruk..
Menangis aku baru tahu pregnant..
Menangis sebab 10kali muntah sehari.. hahahahaaaa..
Nasib aku dapat alahan teruk macam ni..

Memang aku segan nak gitau aku pregnant cepat..
Lagipun masih awal lagi kan..
Rata-rata kawan-kawan yang dah lekat tetiba keguguran..
Risau la gak kalau aku pun bergitu..
Harap dijauhila dan ada la rezeki ni..
Ameen..

Aku faham masih ada yang dah lama kahwin tapi belum dapat zuriat..
Kekadang aku selalu merungut.. Penatnya alahan ni.. macam rasa azab nak mati..
Dan ada kekawan yang belum dapat zuriat tegur aku..
Syukur la ko dah pregnant, tak yang merungut la..
Hurmm..
Yer.. aku faham sangat.. aku minta maaf la kalau aku merungut tu membuat sesiapa terasa hati..
Kekadang aku rasa nak luahkan perasaan jer.. takda niat lain pun..

Bagi korang yang belum dapat zuriat tak payah nak iri hati sangat la..
Bila korang ditempat aku.. bagi aku ni semua adil..
Nasib aku tak dapat kerja yang tetap..
Aku kerja kat tapak binaan.. mana mampu bila dah mengandung nak kerja tempat macam tu lagi..
Dah la alahan, akan check up selalu, ambil cuti yang kerap tapi tiada siapa yang akan faham situasi itu..
Alih-alih surat warning dari bos ko akan dapat nanti..
Kalau la korang faham betapa stress nya nak fikirkan perkara yang akan berlaku di masa hadapan..
Nak nak aku seorang diri jer perempuan disini, siapa nak faham??

Ada ketika aku rasa nak berhenti jer kerja..
Sayangnya berhenti kerja.. tapi kalau itu yang leh hindar dari aku dengar orang cakap aku makan gaji buta.. hurmmm..
Selalu fikir macam ni.. kalau aku takda kerja.. takda duit sendiri dah..
Susahnya nak beli apa-apa..
Harapkan duit orang walaupun suami, orang lain gak la kan..

Lepas berpantang nanti aku cari kerja lain.. harap adala yang masih mahukan pekerja macam aku..
Aku tak kesah jadi kerani gaji sikit pun.. kalau dekat dengan rumah.. okay dengan gaji ciput..
Kalau di KL lagi la.. haha.. harap suami berhentila kerja dan cari kerja gaji lebih besar..
Aku pasti gembira tak payah segan sangat nak minta duit..
Dan aku harap sangat aku dapat duduk Ipoh balik..
Suami.. silalah cari kerja kat Perak.. moh la kite balik kampung sendiri..
Letih dah 15 tahun duduk selangor KL sangat muak rasanya..

Jadi buat apa irihati??
Aku lagi irihati dengan orang yang ada kerjaya tetap.. yang jadi pegawai kerajaan..
Yang ada pangkat.. boleh pakai baju lawa pergi kerja..
Yang jadi cikgu.. tiap tahun orang sambut hari guru.. dapat hadiah..
Best kan jadi korang.. 

:)

Allah maha adil..

Friday, May 8, 2015

Dengar bunyi jantung anak ibu

7.5.15

Anak,

Semalam ibu pergi check up dengan doktor dekat kpmc puchong lagi..
Macam biasa doktor buat ultrasound scan perut ibu..
Masa 1st scan dulu ibu ingat lagi cuma nampak 1 tompok bulat jer.. kecil..
Sekarang dah 2 bulan usia anak ibu..
Scan dah ada jantung, muka dan badan..
Masih belum sempurna sifatnya tapi anak membesar dengan baik..
Semalam abi tak teman jadi dia tak dapat tengok..
Abi kerja, takpela..
Nanti bulan depan check lagi ibu minta abi temankan ye..
Anak,
Doktor Aishah bagi ibu dengar jantung anak berdegup..
Laju bunyinya.. macam tak percaya ada jantung anak dalam perut ibu..
Sekarang ibu ada 2 jantung nak kena jaga la.. hehe..
Hebat tak kuasa Tuhan??..

Ibu tak sabar nak tahu anak punya jantina..
Ibu tak kesah pun anak apa-apa tapi ibu pening la nak letak nama hebat dekat anak ibu ni..

Jadi, anak..
Membesarlah dengan sihat dan sempurna..
Anak kena rajin belajar sampai pandai membaca..
Sebab suatu hari nanti ibu nak anak baca nukilan ibu ni..
Ibu nak anak tahu betapa ibu sayang pada anak..
Jangan kecewakan ibu yer..

Ibu,

Thursday, April 30, 2015

Alahan hamil

Salam,

Minggu lepas saya kena admit di KPMC Puchong, sebenarnya boleh jer pergi hospital kerajaan Putrajaya tapi keadaan saya yang agak teruk sehingga tak larat nak tunggu lelama kat hospital. Niat nak pergi hospital untuk jumpa doktor dan harap doktor boleh bagi ubat tahan muntah pada alahan teruk aku ni.. 

Stress nya alahan.. Allah sahaja tahu..
Dalam hati selalu terdetik, banyak sangat dosa aku ni sebab tu aku rasa sakit-sakit macam ni..

Kalau nak cerita pasal alahan aku, aku muntah tiap jam, minum air pun muntah, tekak rasa loya sesangat, tak rasa nak makan apa-apa.. cuma rasa sakit kat perut sebab asyik muntah.. semua benda aku muntah sampai asid dalam perut pun aku muntahkan.. 

Semua orang pesan makan kurma, roti, kismis, minum air zam zam dan buah-buahan yang boleh bagi tenaga untuk badan kita, kalau muntah balik pun tak pela.. aku pun ikutlah cakap semua orang terutama suami. Suami sampai marah-marah sebab aku tak kuat.. macam mana nak jadi ibu.. waktu tu, aku cuma mampu nangis jer sebab aku tak larat nak bersuara apa-apa.. aku seperti mayat hidup..

Tak sangka cepat fasa alahan ni.. nak masuk bulan ke dua memang terus aku alah.. sempat la sehari makan kek.. esoknya terus alah.. dah berminggu jugalah merana.. sampai terfikir nak rehat cuti sebulan tanpa gaji.. sebab aku memang langsung tak larat nak pergi kerja.. 

Dan paling derita tiap malam perut aku sakit.. tiap malam juga aku menjerit-jerit sakit.. sampai suami tidur luar la..

Hurm.. susahnya nak jadi ibu..

Waktu tu aku cuma ngadu pada Allah dan umi.. Umi selalu cakap pada aku, sabarlah.. umi dulu macam tu la juga.. memang tak kerja apa-apa, baldi kat tangan..

Memang patut Allah letak syurga bawah tapak kaki Ibu..

Sedih plak..

Dah berminggu aku macam mayat hidup.. sehingga la aku buat keputusan nak pergi hospital juga.. pergi klinik memang tak jalan apa.. hari tu aku dah pergi klinik swasta.. dia bagi ubat asid folic jer.. bila pergi klinik kerajaan, nurse cakap tak cukup 2 bulan lagi jangan datang, datang lepas 2 bulan..

Alaaaaa.. stress nyaa.. aku cuma nak cari jalan nak halang dari muntah dan boleh pergi kerja macam biasa..

Aku pun tanya la kakak angkat aku klinik sakit puan mana kat puchong ni ok untuk aku jumpa.. Aku kena jumpa doktor ni sebab aku rasa keadaan aku sangat kritikal.. Kakak aku cakap cuba pergi KPMC Puchong.. nak bersalin sana pun boleh tapi mahal sikit laa..

Jadi aku cakap kat suami nak pergi sana, dia bawa aku pergi sana.. kekadang kesian juga pada suami sebab aku tahu dia banyak sangat kerja di office tapi terpaksa off jer dari kerja sebab aku..

Dan lagi aku rayu-rayu kat umi suruh datang KL jenguk aku, teruk kan aku ni.. Aah, aku memang akui aku sangat rapat dengan umi sehingga kalau sakit memang aku nak umi ada.. kalau boleh beranak nanti pun aku nak umi ada.. kalau orang lain nak suami kat sebelah tapi aku tak gitu.. hehe.. 

Masa kat KPMC aku lemah sangat.. mulut nak muntah jer rasa.. nurse suruh aku timbang berat, berat aku memang turun mendadak.. bila jumpa doktor, Dr, Aishah namanya, baik doktornya.. nurse-nurse kat sana pun semua baik.. kalau nak cakap memang berbezalah hospital kerajaan dan swasta..

Lepas doktor cek air kencing aku, 3+ kira teruklah sebab yang paling teruk 4+ dan normal adalah -1.. Jadi kena masuk air dan ubat.. kenalah tahan wad 1 malam..

Patutlah aku sakit perut tiap malam.. terjawab pun persoalannya..

Aku memang suka jumpa doktor, aku jenis orang yang apa-apa sakit jumpa doktor.. sebab aku dari kecil memang kaki jumpa doktor.. dan harap sangat dapat jadi doktor tapi aku tolak semua tawaran sebab aku rasa belajar doktor tu susah dan aku tak mampu.. nyesal juga la.. kalaulah aku kaya sekarang.. aku dah ambil kos doktor yang bermula dari bawah walaupun dah tua.. tapi takpela.. aku kena cari rezeki untuk diri sendiri..

KPMC memang terbaik la.. cuma mahal sikit la.. kalau kat hospital kerajaan kau akan dapat free jer semua tapi di sini kau kena labur duit untuk semua services.. Hari tu total aku kena warded semua dalam rm709 kalau tak silap.. aku tak guna insurans apa-apa sebab tak sempat nak ambil semua tu.. cepat sangat benda nak berlaku.. sebab tu ada nurse tegur aku, akak ni inai kat jari lagi dah dapat baby.. bestnya.. aku pun tak perasan..

Rasa baru je abis duit pasal kawen.. tetiba abis duit nak dapat anak.. tapi rezeki tu sentiasa ada.. aku masih boleh makan macam biasa dan takdala makan nasi n kicap tiap hari pun.. alhamdulillah..

Lega sikit sekarang sebab doktor bagi aku ubat tahan muntah.. makan dua kali sehari.. Doktor suruh aku makan sebelum makan.. tapi bila aku makan ubat sebelum makan.. aku mesti muntah ubat tu balik.. jadi aku makan lepas makan.. cuma rasa loya takkan hilang.. ubat ni boleh tahan dari aku muntah yang kerap.. kekadang aku muntah gak.. pagi selalunya aku muntah..

Orang selalu cakap makan ubat tak baik.. effect baby.. tapi aku cuba tanya doktor.. doktor cakap kena makan ubat.. kalau tak awak lagi teruk.. at least makan ubat boleh buat awak makan.. kalau awak tak makan ubat.. awak akan muntah semua makanan.. dan takda apa yang masuk perut.. sebab tu jadi macam ni.. 

Betul la aku fikir.. sebiji macam doktor tu cakap.. sebab tu aku nak jumpa doktor.. kalau setakat selsema dan demam, aku boleh lagi kawal dengan makan panadol atau bak kata suami aku kena minum air bebanyak.. tapi ni alahan.. lain sangat.. tak semua orang rasa.. sekarang aku merasainya.. 

Percayalah, orang laki takkan faham sampai bebila alahan tu macam mana selagi dia tak merasa..

Sekarang aku alah dengan bau perfume, bau minyak masak, minyak goreng, bau daun, bau sabun yang seperti timun ke apa.. dan aku sangat alah pada suami aku.. aku tak suka dia pakai perfume dan aku kekadang tak leh tengok muka dia.. rasa nak muntah.. 

Pelik tapi memang benar dan bukan buat-buat.. 

Okla.. nak baransur dulu.. dah lewat..

Monday, April 27, 2015

Anak Ibu

Anak,

Kuatlah dikau di dalam ni..
Ibu tahu ibu tak sekuat ibu-ibu lain menahan alahan ini..
Cubalah anak kuat untuk ibu..
Lahirlah dengan sihat dan sempurna ya..
Kesian ibu asyik kena marah dengan abi sebab tak kuat..
Sabarlah wahai anak..
Membesarlah dengan baik..

Ibu,


Wednesday, April 15, 2015

Selamat ulang tahun ke 27

15.4.15

Dah 27 tahun dapat hidup di bumi Allah yang indah ini.
Takda apa hadiah yang istimewa pun..
Cuma syukur menyambut hari kelahiran sebagai seorang isteri dan ibu..

Terima kasih Allah..

Tuesday, April 7, 2015

Friday, March 27, 2015

Kiss proof murah

Kissproof lipstick yang tengah femes giler!!!!! jom borong masa GST!!!


- Tahan lama
- Kalis air (tak lekat pada gelas minum)
- Matte
- Tak berkilat
- Sangat natural dan cantik bila pakai
- Tak berbau
- Warna yang cantik

Hubungi saya : Saila (013-754 9240)
Instagram : sailakosmetik
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Siti-Suhaila-Contemporary/147937705295773?ref=hl

Tuesday, February 17, 2015

Berakhir

Terima kasih kerana hadir untuk cinta ini
Menghitung hari yang akan berakhir
Tak lama lagi..

Tuesday, January 6, 2015

Datang untuk seketika

Hari itu pasti datang
Seperti ombak dari pantai
Sebaik kita cuba elak
Ia takkan terhenti
Kiranya kau di sana bahagia
Doakan jua kebahagiaan ku
Tak siapa duga apa yang tersirat
Kita erti dan faham
Maka jadikan kenangan