سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Thursday, April 30, 2015

Alahan hamil

Salam,

Minggu lepas saya kena admit di KPMC Puchong, sebenarnya boleh jer pergi hospital kerajaan Putrajaya tapi keadaan saya yang agak teruk sehingga tak larat nak tunggu lelama kat hospital. Niat nak pergi hospital untuk jumpa doktor dan harap doktor boleh bagi ubat tahan muntah pada alahan teruk aku ni.. 

Stress nya alahan.. Allah sahaja tahu..
Dalam hati selalu terdetik, banyak sangat dosa aku ni sebab tu aku rasa sakit-sakit macam ni..

Kalau nak cerita pasal alahan aku, aku muntah tiap jam, minum air pun muntah, tekak rasa loya sesangat, tak rasa nak makan apa-apa.. cuma rasa sakit kat perut sebab asyik muntah.. semua benda aku muntah sampai asid dalam perut pun aku muntahkan.. 

Semua orang pesan makan kurma, roti, kismis, minum air zam zam dan buah-buahan yang boleh bagi tenaga untuk badan kita, kalau muntah balik pun tak pela.. aku pun ikutlah cakap semua orang terutama suami. Suami sampai marah-marah sebab aku tak kuat.. macam mana nak jadi ibu.. waktu tu, aku cuma mampu nangis jer sebab aku tak larat nak bersuara apa-apa.. aku seperti mayat hidup..

Tak sangka cepat fasa alahan ni.. nak masuk bulan ke dua memang terus aku alah.. sempat la sehari makan kek.. esoknya terus alah.. dah berminggu jugalah merana.. sampai terfikir nak rehat cuti sebulan tanpa gaji.. sebab aku memang langsung tak larat nak pergi kerja.. 

Dan paling derita tiap malam perut aku sakit.. tiap malam juga aku menjerit-jerit sakit.. sampai suami tidur luar la..

Hurm.. susahnya nak jadi ibu..

Waktu tu aku cuma ngadu pada Allah dan umi.. Umi selalu cakap pada aku, sabarlah.. umi dulu macam tu la juga.. memang tak kerja apa-apa, baldi kat tangan..

Memang patut Allah letak syurga bawah tapak kaki Ibu..

Sedih plak..

Dah berminggu aku macam mayat hidup.. sehingga la aku buat keputusan nak pergi hospital juga.. pergi klinik memang tak jalan apa.. hari tu aku dah pergi klinik swasta.. dia bagi ubat asid folic jer.. bila pergi klinik kerajaan, nurse cakap tak cukup 2 bulan lagi jangan datang, datang lepas 2 bulan..

Alaaaaa.. stress nyaa.. aku cuma nak cari jalan nak halang dari muntah dan boleh pergi kerja macam biasa..

Aku pun tanya la kakak angkat aku klinik sakit puan mana kat puchong ni ok untuk aku jumpa.. Aku kena jumpa doktor ni sebab aku rasa keadaan aku sangat kritikal.. Kakak aku cakap cuba pergi KPMC Puchong.. nak bersalin sana pun boleh tapi mahal sikit laa..

Jadi aku cakap kat suami nak pergi sana, dia bawa aku pergi sana.. kekadang kesian juga pada suami sebab aku tahu dia banyak sangat kerja di office tapi terpaksa off jer dari kerja sebab aku..

Dan lagi aku rayu-rayu kat umi suruh datang KL jenguk aku, teruk kan aku ni.. Aah, aku memang akui aku sangat rapat dengan umi sehingga kalau sakit memang aku nak umi ada.. kalau boleh beranak nanti pun aku nak umi ada.. kalau orang lain nak suami kat sebelah tapi aku tak gitu.. hehe.. 

Masa kat KPMC aku lemah sangat.. mulut nak muntah jer rasa.. nurse suruh aku timbang berat, berat aku memang turun mendadak.. bila jumpa doktor, Dr, Aishah namanya, baik doktornya.. nurse-nurse kat sana pun semua baik.. kalau nak cakap memang berbezalah hospital kerajaan dan swasta..

Lepas doktor cek air kencing aku, 3+ kira teruklah sebab yang paling teruk 4+ dan normal adalah -1.. Jadi kena masuk air dan ubat.. kenalah tahan wad 1 malam..

Patutlah aku sakit perut tiap malam.. terjawab pun persoalannya..

Aku memang suka jumpa doktor, aku jenis orang yang apa-apa sakit jumpa doktor.. sebab aku dari kecil memang kaki jumpa doktor.. dan harap sangat dapat jadi doktor tapi aku tolak semua tawaran sebab aku rasa belajar doktor tu susah dan aku tak mampu.. nyesal juga la.. kalaulah aku kaya sekarang.. aku dah ambil kos doktor yang bermula dari bawah walaupun dah tua.. tapi takpela.. aku kena cari rezeki untuk diri sendiri..

KPMC memang terbaik la.. cuma mahal sikit la.. kalau kat hospital kerajaan kau akan dapat free jer semua tapi di sini kau kena labur duit untuk semua services.. Hari tu total aku kena warded semua dalam rm709 kalau tak silap.. aku tak guna insurans apa-apa sebab tak sempat nak ambil semua tu.. cepat sangat benda nak berlaku.. sebab tu ada nurse tegur aku, akak ni inai kat jari lagi dah dapat baby.. bestnya.. aku pun tak perasan..

Rasa baru je abis duit pasal kawen.. tetiba abis duit nak dapat anak.. tapi rezeki tu sentiasa ada.. aku masih boleh makan macam biasa dan takdala makan nasi n kicap tiap hari pun.. alhamdulillah..

Lega sikit sekarang sebab doktor bagi aku ubat tahan muntah.. makan dua kali sehari.. Doktor suruh aku makan sebelum makan.. tapi bila aku makan ubat sebelum makan.. aku mesti muntah ubat tu balik.. jadi aku makan lepas makan.. cuma rasa loya takkan hilang.. ubat ni boleh tahan dari aku muntah yang kerap.. kekadang aku muntah gak.. pagi selalunya aku muntah..

Orang selalu cakap makan ubat tak baik.. effect baby.. tapi aku cuba tanya doktor.. doktor cakap kena makan ubat.. kalau tak awak lagi teruk.. at least makan ubat boleh buat awak makan.. kalau awak tak makan ubat.. awak akan muntah semua makanan.. dan takda apa yang masuk perut.. sebab tu jadi macam ni.. 

Betul la aku fikir.. sebiji macam doktor tu cakap.. sebab tu aku nak jumpa doktor.. kalau setakat selsema dan demam, aku boleh lagi kawal dengan makan panadol atau bak kata suami aku kena minum air bebanyak.. tapi ni alahan.. lain sangat.. tak semua orang rasa.. sekarang aku merasainya.. 

Percayalah, orang laki takkan faham sampai bebila alahan tu macam mana selagi dia tak merasa..

Sekarang aku alah dengan bau perfume, bau minyak masak, minyak goreng, bau daun, bau sabun yang seperti timun ke apa.. dan aku sangat alah pada suami aku.. aku tak suka dia pakai perfume dan aku kekadang tak leh tengok muka dia.. rasa nak muntah.. 

Pelik tapi memang benar dan bukan buat-buat.. 

Okla.. nak baransur dulu.. dah lewat..

Monday, April 27, 2015

Anak Ibu

Anak,

Kuatlah dikau di dalam ni..
Ibu tahu ibu tak sekuat ibu-ibu lain menahan alahan ini..
Cubalah anak kuat untuk ibu..
Lahirlah dengan sihat dan sempurna ya..
Kesian ibu asyik kena marah dengan abi sebab tak kuat..
Sabarlah wahai anak..
Membesarlah dengan baik..

Ibu,


Wednesday, April 15, 2015

Selamat ulang tahun ke 27

15.4.15

Dah 27 tahun dapat hidup di bumi Allah yang indah ini.
Takda apa hadiah yang istimewa pun..
Cuma syukur menyambut hari kelahiran sebagai seorang isteri dan ibu..

Terima kasih Allah..

Tuesday, April 7, 2015