سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Saturday, May 30, 2015

Iri hati dengan zuriat

Terasa ke..
Maaf la dengan tajuk yang melampau berbangga kan..
Harap dengan tertulis catatan ini..
Masing-masing faham dengan ketentuan masing-masing nanti..

Memang diakui rezeki mendapatkan zuriat dengan cepat tidak pun dirancang..
Paling tak sangka orang panggil bunting pelamin..
Tapi tidakla ketika naik pelamin dah ada baby dalam perut ni ha..
Waktu tu penuh makanan jer.. hahaha..
Kenduri dua-dua belah pihak memang sangat penat wuuuu..
Kalau boleh nak abiskan majlis dan rehat serta tidur..
Bagi aku takdala gelojoh sangat nak menikmati malam pertama tu kan..
Opss..

Usia kandungan aku memang mengelirukan ramai orang.. yela..
Apa tak nya.. seusia berapa hari aku dah berkahwin..
Ingat orang tak tanya ke soalan pelik-pelik pada aku??
Nak nak aku kerja syarikat Cina..
Pandangan dorang macam aku mengandung dulu baru kahwin..
Amboiiii.... sabor jela dengan soalan-soalan gitu..
Astagfirullahalzim..

Kebetulan sebelum akad nikah aku datang period lambat..
Dan ingatkan waktu akad nikah tu period lagi la..
Sekali dah bersih.. tapi waktu tu bukan waktu subur pun..
Kawan-kawan suruh makan ubat asid folic untuk kesuburan..
Aku seminggu nak kahwin baru makan.. itu pun kekadang lupa..
Lepas kahwin.. lagi la lupa..
Ubat yang kena guna air.. memang selalu aku abaikan..
Cuma ubat vitamin C dan supplement Oli Candy aku ambil kerap sebab kemam dalam mulut jer
macam gula-gula.. 
Sebab tu tak pernah lupa yang tu..

Untuk next period aku tunggu la..
Sebab aku rasa sengugut teruk..
Suami selalu tanya, tak period lagi ke???
Aku plak selalu cakap.. Nak period la ni..
Dia duk sibuk cakap, ntah-ntah pregnant..
Aku plak duk sibuk cakap, eh awal sangat tu.. lagipun sengugut nak period..
Prasangka aku lambat sebab perubahan hormon la kot..
Alih-alih kena alahan teruk..
Menangis aku baru tahu pregnant..
Menangis sebab 10kali muntah sehari.. hahahahaaaa..
Nasib aku dapat alahan teruk macam ni..

Memang aku segan nak gitau aku pregnant cepat..
Lagipun masih awal lagi kan..
Rata-rata kawan-kawan yang dah lekat tetiba keguguran..
Risau la gak kalau aku pun bergitu..
Harap dijauhila dan ada la rezeki ni..
Ameen..

Aku faham masih ada yang dah lama kahwin tapi belum dapat zuriat..
Kekadang aku selalu merungut.. Penatnya alahan ni.. macam rasa azab nak mati..
Dan ada kekawan yang belum dapat zuriat tegur aku..
Syukur la ko dah pregnant, tak yang merungut la..
Hurmm..
Yer.. aku faham sangat.. aku minta maaf la kalau aku merungut tu membuat sesiapa terasa hati..
Kekadang aku rasa nak luahkan perasaan jer.. takda niat lain pun..

Bagi korang yang belum dapat zuriat tak payah nak iri hati sangat la..
Bila korang ditempat aku.. bagi aku ni semua adil..
Nasib aku tak dapat kerja yang tetap..
Aku kerja kat tapak binaan.. mana mampu bila dah mengandung nak kerja tempat macam tu lagi..
Dah la alahan, akan check up selalu, ambil cuti yang kerap tapi tiada siapa yang akan faham situasi itu..
Alih-alih surat warning dari bos ko akan dapat nanti..
Kalau la korang faham betapa stress nya nak fikirkan perkara yang akan berlaku di masa hadapan..
Nak nak aku seorang diri jer perempuan disini, siapa nak faham??

Ada ketika aku rasa nak berhenti jer kerja..
Sayangnya berhenti kerja.. tapi kalau itu yang leh hindar dari aku dengar orang cakap aku makan gaji buta.. hurmmm..
Selalu fikir macam ni.. kalau aku takda kerja.. takda duit sendiri dah..
Susahnya nak beli apa-apa..
Harapkan duit orang walaupun suami, orang lain gak la kan..

Lepas berpantang nanti aku cari kerja lain.. harap adala yang masih mahukan pekerja macam aku..
Aku tak kesah jadi kerani gaji sikit pun.. kalau dekat dengan rumah.. okay dengan gaji ciput..
Kalau di KL lagi la.. haha.. harap suami berhentila kerja dan cari kerja gaji lebih besar..
Aku pasti gembira tak payah segan sangat nak minta duit..
Dan aku harap sangat aku dapat duduk Ipoh balik..
Suami.. silalah cari kerja kat Perak.. moh la kite balik kampung sendiri..
Letih dah 15 tahun duduk selangor KL sangat muak rasanya..

Jadi buat apa irihati??
Aku lagi irihati dengan orang yang ada kerjaya tetap.. yang jadi pegawai kerajaan..
Yang ada pangkat.. boleh pakai baju lawa pergi kerja..
Yang jadi cikgu.. tiap tahun orang sambut hari guru.. dapat hadiah..
Best kan jadi korang.. 

:)

Allah maha adil..

No comments: