سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Sunday, August 9, 2015

Suami ku luar biasa

My husband :')

Tengah malam hening ini aku menitiskan air mata..
Menjadi isteri adalah perkara paling sukar dalam hidup aku..
Menjadi ibu tak lama lagi adalah saat paling mengembirakan aku..
..................

Duhai anak ku,
Kehadiran mu anak, sangat bermakna bagi ibu..
Segala perbualan kita abi tak pernah tahu..
Dan ia rahsia tau..

Anak perlu tahu..
Ketika anak baca nurkilan ibu ini..
Abi terlalu baik dengan ibu..
Selalu buat ibu menangis..
Nangis sorok2..
Kerana ibu terharu sesangat dijodohkan dengan abi..
Tiap malam abi hidangkan segelas susu untuk ibu..
Katanya adik lapar..
Selalu ibu tidur dulu, abi tidur kemudian sebab dia nak tengok national geografi kat astro..
Kekadang kalau abi tertidur diruang tamu..
Ibu kejutkan suruh masuk dalam bilik..
Ibu memang suka terjaga tengah malam..
Pergi toilet..
Anak aktif sangat dalam perut asyik buat ibu nak terkencing jer..
Nasib ibu sayang anak.. :')
Ibu untung dapat abi..
Abi romantik..
Wakti tidur abi pegang perut ibu sampailah dia tertidur..
Kekadang ibu terkejut ada benda berat kat perut ibu..
Rupanya tangan abi..
Katanya, adik nak tidur peluk dia..
Abi selalu azan kat perut ibu..
Belum kuar lagi dah azan..
Katanya suruh adik belajar sembahyang awal2..

Paling best bila ibu termerungut..
Sakit kaki la.. sakit pinggang..
Nanti adala yang tolong urutkan tengah malam..
Abi tak pandai urut pun tapi dia sapu minyak ok dah..
Abi pandai jaga ibu..
Abi selalu bercakap dengan anak..
Suruh anak jadi orang berguna suatu hari nanti..
Rajin bersedekah macam ibu..
Rajin berjemaah dan jadilah imam terbaik kami..
Ketika ini ibu dah tahu jantina anak..
Nama pun dah ada..
Nanti ibu cerita next entry yer..

Duhai anak..
Lahirnya kamu didunia nanti..
Jagalah abi jika ibu pergi dahulu..
Jadikan abi idola terbaik dalam hidupmu..
Tolong ibu urutkan abi..
Tolohn ibu kejutkan abi solat sebab abi memang tidur mati..
Tolong ibu picitkan kepala abi lepas dia balik kerja..
Tolong ingatkan abi lap kaki selepas kuar tandas..
Dan tolong peluk abi selalu untuk ibu..
Eh ada 1 lagi, selalu doakan abi dimurahkan rezeki..
Ok sayang.. :')

Nurkilan;
Ibu..
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui..

Monday, August 3, 2015

Saat dan ketika ini terasa teramat

Orang kata tiada rezeki..
Menjadi manusia bukan mudah..
Banyak benda kena sabar..
Aku tahu aku sangat kerdil disisi mereka..
Apatahlah lagi untuk bersuara..

Pemberian adalah satu anugerah..
Tetapi jika aku tidak menerimanya..
Maka usaha cuma tidak berbaloi..

Dulu ketika aku masih bujang..
Mereka sanjung aku..
Bonus diberi..
Insiantif diberi..
Bila aku sudah berkahwin..
Tak kala sudah berbadan dua..
Mereka sisih aku..
Pulaukan aku..

Kesilapan aku juga..
Kerana ketika alahan aku terlalu manja..
Cuti terlalu kerap..
Mereka melihat kelemahan aku..
Aku cuba bangkit dan bekerja semula..
Tapi sayang..
Mereka menilai aku hanya untuk berberapa hari..
Setahun itu sia-sia..
Manusia kan..
Yang jahat itu mereka ingat..
Yang baik dilupakan..

Tidak apala..
Bekerja di syarikat cina bukan nak rasis..
Malah aku sanjung kerajinan mereka mengejar duit dunia..
Mungkin bukan tempat aku disini setelah mengandung..
Mereka rasa aku tidak diperlukan lagi..
Kerana ramai peganti aku menanti diluar sana..

Sayu hati ini..
Aku suka bekerja..
Tapi mereka nak buang aku..
Apa aku boleh buat..
Aku faham..
Siapa mahu bayar gaji buta ketika aku berpantang nanti..
Dengan tiada bonus untuk aku..
Adalah peluang untuk mereka menerima surat perletakkan jawatan aku..
Biasalah..
Pelakon terbaik dunia adalah bos..

Manusia,,
Tahuilah syarikat yang kamu akan bekerja..
Pilihlah yang menjamin kebajikan kamu..
Jangan bekerja denga syarikat yang hanya mahukan tenaga kamu ketika sihat sahaja..
Dan membuang mu ketika sudah lumpuh tanpa belas kasihan..

YWC Structures Sdn Bhd..
Tidak mengapa..
Aku sentiasa sabar ketentuan ini..
Aku nampak corak permainan mu..
Dan aku ketahui sejarah mu dengan kebajikan pekerja..
Sudah hampir 3 tahun bersama mu..
Sudah banyak pekerja kau lakukan sebegitu..
Cuma aku masih menunggu hari aku disini..
Kerana itu aku sedikit pun tidak marah ketika kamu melakukan seperti ini pada ku..
Aku yakin..
Tuhan mengantikan sesuatu yang lebih baik buat aku..

Nurkilan,
Site Supervisor pencen