سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

I'm Suhaila Radenan. My life is just a simple things,
If you want happy, please make others happy too.
Allah swt always with you. This world is just temporary
place, Jannah is the last station.

Search This Blog

Sunday, June 19, 2016

Anak ini

🌹Anak ni baik. Dia tak pernah meragam lama. Ke mana aku bawa dia tetap senyum. Seolah berkata, 'takpa, asal ibu ada'.

🌹Aku sering mengeluh bila dukung dia, berat, tapi anak ini paling suka bila didukung. Jadi lenguh semalam pun hilang.

🌹Aku tetap dukung anak ini. Seperti dia memberitahu 'ibu, terima kasih sebab dukung'.

🌹Anak ini baik. Dia fahami aku. Dia tahu aku sentiasa bersamanya di setiap waktu. Beza ketika umur dia makin besar. Sebab dia makin tahu kewujudan aku.

🌹Kalau dulu dia hanya tahu lapar. Tapi sekarang dia tahu dia ada ibu. Dia akan menangis bila ibu tiada.

🌹Anak ini anugerah. Hadiah dari Tuhan buat aku. Aku nyesal merungut ketika sakit. Kerana hadiah ini peneman aku ketika aku rasa segala rasa.

🌹Aku sedih. Tapi anak ini ada. Jadikan aku kuat selalu. Dia faham aku. Dari hari ke hari.

🌹Terima kasih Tuhan kerana beri anak ini dalam hidup aku. Aku takpa dipandang hina oleh orang lain, asalkan anak ini tahu hanya aku yg bersusah payah bersamanya.

#asyrafaiz

No comments: